[ Kecil-kecil Cili Padi : Nur Haseena Mahjub raih tempat pertama pertandingan anjuran universiti ]

 



PicsArt_03-26-02.53.47

 

 

Tanta, 26 Mac – Telah berlangsung Pertandingan Tilawah Al- Quran pada hari Ahad dan Isnin yang lalu.Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pergigian Universiti Tanta, Student Union ini telah diadakan di bangunan Fakulti Pergigian,Universiti Tanta.

Seramai lapan orang pelajar Malaysia jurusan pergigian telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut,mereka ialah Mateen Ab Rani , Abdul Rauf bin Badrul Hisyam , Nur Haseena Bt Mahjub , Wan Nurbasyirah bt Wan Roslan,  Nurul Akrima binti Mohamad Nasir , Nur Nadia binti Zakaria , Nurul Athifah , Nurshahira Atiqah .

Salah seorang daripadanya telah meraih tempat pertama iaitu Nur Haseena bt Mahjub, pelajar pra pergigian. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan pelajar-pelajar yang terlibat.

PicsArt_03-26-02.52.51

 

 

PicsArt_03-26-02.52.10

 

Semoga dengan adanya pertandingan seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar Malaysia dan Mesir seterusnya memperkukuh hubungan baik antara kedua-dua negara.Semoga pertandingan ini dapat menjadi pemangkin kepada semua mahasiswa dan mahasiswi untuk cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

 

” Satu Hati Satu PCT ”

 

“Bridging the Community”

Biro Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Tanta 2016 /2017 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *