Assalamualaikum wbt sahabat semua,

Sebelum ini saya ada menceritakan tentang tips rancang wang untuk pelajar secara umum(tidak khaskan kepada pelajar Malaysia atau luar negara),

Boleh klik di https://housedoktor.wordpress.com/2015/06/18/student-money/ jika masih belum membacanya.

Untuk artikel kali ini pula ,saya akan ceritakan khas untuk pelajar-pelajar Mesir, khususnya Tanta,  bumi barakah ini. Saya akan menceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tiga kawan yang lain. Saya harap tips di bawah akan memberi manfaat pada kawan-kawan semua.

Pertamanya, kebanyakan pendapatan yang kita dapat semestinya daripada pinjaman, tajaan atau persendirian.

Hanya beberapa orang sahaja di Tanta yang  100% pendapatannya daripada perniagaan. Selebihnya ada juga yang mencari pendapatan lebih atau ‘side income’ atas faktor peningkatan sara hidup (walaupun tiada GST,tapi hampir kesemua barangan  naik harga)

Menyimpan:

  • Amalkan menyimpan 10% daripada duit bulanan kita. Ada 2 cara yang boleh diamalkan :
    1. Selepas mengeluarkan duit daripada bank,kita simpan 10% tersebut dalam tabung simpanan kita.Boleh juga minta kawan kita sendiri sorokkan duit tersebut.

ATAU

  1. 10% daripada keseluruhan duit kita,sudah dikira dan simpan sahaja di dalam bank. Tidak perlu untuk mengeluarkan duit tersebut.Dikhuatiri jika kita keluarkan,nafsu membeli akan meningkat.

Bajet :

  • Sebelum masuk ke bulan seterusnya, lihat perbelanjaan kita sebelum ini. Setelah meneliti sepenuhnya, ambil kertas dan pen,catit kemana duit kita akan pergi.
  • Setelah bahagikan kesemua duit bulanan kita,pastikan yang diri kita ini mengikut bajet tersebut dengan berdisiplin!!
  • Ada beberapa cara yang kita boleh guna untuk pastikan kita mengikut bajet kita :
    1. Teknik Sampul :

Bahagikan keseluruhan duit ke dalam sampul. Contoh : Sampul 1 (sewa dan bil rumah) Sampul 2 (minggu pertama) , Sampul 3 (minggu kedua) dan seterusnya.

Jangan sesekali ambil sampul minggu kedua untuk berbelanja pada minggu pertama.

  1. Teknik Klip : Klipkan duit belanja kita di dalam dompet. Ini pernah diamalkan oleh perokok(yang saya kenali). Sejumlah duit yang telah diklipkan,duit itulah yang digunakan untuk merokok. Beliau tidak akan menyentuh duit yang digunakan untuk kegunaan lain. “Kalau dah habis,habis lah”.

Barang rumah :

  • Amalkan budaya survey barangan yang murah.Di mana yang murah,di situlah yang kita beli.

Contoh :

-Membeli sayur di pasar ,kadang-kadang boleh menjimatkan duit sebanyak 2 kali ganda. Rajin-rajinkan diri untuk pergi ke Souq Himar (Kalau tinggal di Kufrisom mungkin susah sedikit). Tetapi jika anda merasakan kulit putih gebu anda lebih bernilai(takut sunburn),pergi beli sahaja di Maarad.

‘Kadar harga souq himar : bawang 1-2le/kg, tomato 2le/kg, kobis besar 3le ,

Cili hidup(merah or hijau) 3-6le/kg & lain-lain’

ATAU

-Apabila kita pergi ke fathalla(shopping complex Tanta),kita beli apa yang kita nak guna/makan sepanjang bulan. Tidak perlu lagi pergi kedai di Maarad untuk beli barang-barang rumah.

Fathalla Koki 20le / Kedai Maarad Koki 22le (kan jimat 2le tu )

  • “Membeli kurang daripada kemampuan. Jangan membeli sekadar kemampuan”. Jika bajet anda 150le, berbelanjalah kurang daripada tu.145le,140le,135le. Jika anda boleh kurangkan lebih banyak,lain kali anda membeli, InsyaAllah tiada lagi masalah tidak cukup duit.

Makanan

  • Semestinya cara yang paling jimat ialah masak berjemaah di rumah.Kalau tiada ahli bait pun,masak sendiri lagi murah berbanding makan di luar.

Bayangkan jika kita sarapan,makan tengahari dan malam semuanya makan di kedai Melayu/Indonesia, berapa banyak duit kita habis dalam 1 hari.

Contoh: Sarapan Nasi Lemak ayam : 10le

Tengahari Nasi lauk : 12le

Malam Nasi dan ayam : 11le

Total: 34 le

34le yang kita gunakan untuk makan dalam 1 hari,boleh digunakan untuk membeli 1kg beras dan seekor ayam 1.1kg. Kan boleh makan untuk 3-4 hari tu. Cuma rajinkan diri kita untuk masak sedikit je.

  • Ada yang cakap, “Kau dah kahwin,boleh la masak”. Saya nak tunjuk 1 rumah yang ahli rumah semua bujang,tapi sarapan pagi sentiasa ada. Rumah saya dahulu = Rumah BL. Sarapan sentiasa ada,walaupun lauk yang sama sejak 4 tahun dulu.Biasa lah,makanan di Universiti pun,tak pernah berubah jugak.
  • Teringin nak makan restoran sedap…

Tiada masalah.Kira duit dulu sebelum pergi.Kalau ada duit lebih,apa salahnya pergi makan special kan.Bukannya selalu.Tapi pilihlah makanan yang berpatutan.Tidak perlu habiskan sehingga 100le++ dalam satu malam. Pastikan sedap,berbaloi dan tidak membazir.

  • Sangat beruntung pelajar-pelajar Tanta kerana ‘hadiah’ yang Universiti Tanta berikan kepada pelajar mereka.Inilah salah satu kelebihan yang Uni Tanta berikan selain buku teks PERCUMA setiap tahun (kecuali tahun 6).Makanlah sepuas-puasnya selama 6 tahun ni.Nanti kita akan merindui Nasi Ayam Rubu(1/4) dan Nasi+Daging selepas graduasi kelak.

Tremco(van) / Teksi

  • Mana satu yang lagi murah? Tremco atau teksi. Semestinya tremco sebab di Tanta ni,ke mana anda hendak pergi hanyalah 1le. Tidak kira baru berjalan 100m atau dah sampai 4km,masih sama nilainya.

Berapakah harga teksi? Kalau ikutkan harga sekarang,kebiasaannya ialah 4-5le jika jalan biasa. Mungkin juga lebih 5le jika pergi ke tempat yang jauh.

Berdasarkan harga di atas, pengangkutan manakah yang kita perlu guna? Kita digalakkan sangat untuk menggunakan tremco kerana dapat berjimat dalam 3-4 le.Lagi-lagi jika anda bergerak seorang,lebih baik 1le daripada 5le, bu kan J .

(Terpakai bagi perjalanan dari Maarad à Awalbahr / Mahattah)

  • Pernah tak berjalan dari rumah ke Fathalla?

Rasanya tak ramai yang rajin macam ni.Ada tak akhawat yang nak cakap “Lelaki boleh la,perempuan penat nak berjalan”. So saya boleh balas dengan “Isteri saya boleh je berjalan pergi Fathalla setiap bulan”.
Tiada masalah pun nak berjalan.Bawa lah teman pergi bersama(NOT COUPLE),sekurangnya boleh elakkan kebosanan.Sambil berjalan,sambil berborak,sekejap sahaja masa berlalu. Jimat pun jimat,exercise pun dapat.Tak perlu susah-susah jogging di Istad(padang)

*Balik dari Fathalla,tak payah la jalan kaki,angkat barang banyak.Nanti terputus lengan.

Umum :

  • Berjimat dalam penggunaan elektrik dan air. Jangan membazir. Pastikan bil kita tidak melebihi dari paras biasa(nak tahu biasa,cek kawan-kawan kita). Kita juga perlu menyimpan resit-resit tersebut sebagai tujuan rujukan.

Mana tahu arab ni ada buat hal.cakap kita tidak bayar lagi.

  • Berpada-pada dalam membeli-belah.Beli pakaian yang diperlukan sahaja.Tidak perlu membeli semua baju yang ada di depan mata.Bila dah beli,pastikan kita memakai baju tu sampai tak boleh pakai dah.
  • Pergi ke Universiti dengan membawa duit yang sekadarnya. Kita ni manusia yang mempunyai nafsu,nampak apa sahaja,mesti nak beli. Lebih baik bawa duit yang secukupnya.

Side Income :

  • Jika kita mempunyai tangan dan kaki dan segala pancaindera,apa salahnya cuba mencari duit lebih.Tidak semestinya kita buat side income ni disebabkan kepala orang tu dibayangi duit. Mereka yang mencari side income,banyak sebab mereka contohnya pendapatan asal mereka tidak cukup, tidak mahu menyusahkan ibu bapa, mahu berbakti kepada ibu bapa dengan memberi sedikit duit kepada mereka(selain kasih sayang).

Jadi jangan sesekali anggap mereka yang berniaga ini mata duitan.

  • Ada sesetengah pelajar yang ‘minat’nya berniaga. Jadi teruskan,jangan sesekali berhenti. Abaikan kalau ada orang cakap “Weh,kau tumpu la baca buku tu.Buat apa berniaga?”. Kita ni yang golongan mencari side income ini,cuba abaikan sebab akan datang,orang yang bercakap macam inilah yang akan mintak Bos naikkan gaji sebab tidak pandai cari duit.
  • Apabila dah berniaga,jangan lupa mencatit.Sebab dengan catitan tu lah kita dapat tengok segala pergerakan bisnes kita.

*Saya punye simple sahaja,nak yang mantap-mantap,boleh rujuk Faiz Adnan atau Mat Samhan

Travel

  • Ada orang minat travel & ada orang tidak(saya la tu). Ada kawan saya pesan,kalau nak travel,cari duit sendiri dahulu,biar berganda duit tu,barulah guna duit lebihan itu untuk berjalan sana sini. Inilah yang saya amalkan jika anda nampak saya pergi Azhar Park,Safari, Seminar Creative Th

‘Raise your money,then you go wherever you want to go’

Sebab apa?

Nak tak bayangkan duit pinjaman kita duit rakyat,then duit rakyat kita buat pergi holiday. 2×5 macam menteri je kita ni. Huhu

Tapi, kalau bajet bulanan kita dah ada untuk travel,apa salahnya pergi berjalan guna duit tu. Pergi ke mana kita nak pergi,tapi ambillah ibrah & kongsikan.Bukannya kongsikan gambar anda di Facebook semata-mata

  • Apa yang saya buat setiap kali nak pergi travel (African Safari,Azhar Park),saya bawa bekal sendiri daripada rumah untuk makan tengahari di sana. Dapatlah penjimatan sebanyak beberapa LE untuk makan tengahari ni. Makanan pun lagi banyak,istimewa pula tu. Picniklah kami suami isteri di taman. Dompet gemuk,perut pun kenyang.

 

Ditulis oleh,

Mohd Hanif bin Mohd Arshad,

Mahasiswa Tahun 6 (Akhir) Perubatan

Universiti Tanta, Mesir.