Profesionalisme & Ciri-Cirinya

Apa yang dimaksudkan dengan Profesionalisme?

Apa ciri-ciri Profesionalisme?

Profesionalisme sering dikaitkan dengan profesion-profesion  berkolar putih seperti, peniaga, pengurus syarikat, peguam,  akauntan, pegawai-pegawai dan juga doktor. Profesion ini seringkali diukur oleh masyarakat , pengguna ataupun pelanggan atas tahap kecekapan atau sikap profesional mereka dalam bekerja, golongan profesion berkolar biru juga tidak terasing untuk bersikap profesional dalam menjalakan gerak kerja mereka. Sikap profesionalisme juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan atau tugasan biasa seharian sebagai salah satu komponen masyarakat, walau sebagai ayah, ibu, abang, kakak, adik atau pelajar sikap profesional perlu diterapkan.

Profesionalisme adalah keupayaan ataupun kemahiran yang dijangkakan ada pada seorang profesional, ini termasuklah memiliki keupayaan ataupun kemahiran yang tinggi dan berpegang teguh kepada nilai moral Islam yang menjadi dasar sesuatu perbuatan atau gerak kerja. Adapun definisi profesional adalah orang yang hidup dengan cara mengamalkan suatu pofesyen atau keahlian tertentu, yang terlibat dengan suatu kegiatan mengikut keahliannya. Jadi dapat disimpulkan Profesionalisme adalah orang yang menjalankan profesionnya sesuai dengan kemampuan ataupun kemahiran yang dijangkakan  atas keahliannya.

Seorang profesional sudah tentu mempunyai penglibatan dalam satu-satu tugas atau gerak kerja. Dalam melakukan tugas atau gerak kerja, seorang profesional perlu dapat bertindak secara objektif, yang ertinya bebas dari rasa sentimen, benci, malu maupun rasa malas dan enggan bertindak serta mengambil keputusan.

 

3 (Tiga) perkara pokok yag ada pada seseorang Profesional

Profesional ialah individu yang memiliki tiga perkara pokok yang ada dalam dirinya, antaranya:

  • Kemahiran (Skill)
    • Orang yang mahir (skillful) dalam bidangnya.
  • Pengetahuan (Knowledge)
    • orang yang menguasai, sekurang-kurangnya berwawasan mengenai ilmu lain & yang berkaitan dengan bidangnya.
  • Sikap (Attitude)
    • Orang yang bukan hanya pintar & bijak, tetapi perlu memiliki etika & nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam bidangnya.

 

Ciri-ciri Profesionalisme

Ciri-ciri Profesionalisme, antaranya:

  • Berusaha mendapatkan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi.
    • Perkataaan profesional memberi gambaran bahawa anda pakar dalam bidang anda
    • Menjadi pakar dalam kemahiran dan pengetahuan amat penting untuk melaksanakan gerak kerja
    • Sentiasa melakukan yang terbaik
    • Sentiasa memperbaharui pengetahuan dalam bidang anda
  • Melakukan gerak kerja melebihi dari yang dijangkakan
    • Profesional tidak terikat dengan masa (working hour).
    • Bijak dalam mengguruskan masanya dalam gerak kerja dan peribadi.
    • Seorang profesional adalah seorang yang proaktif dalam gerak kerjanya
  • Rasa tanggungjawab serta berintegriti (amanah) yang tinggi.
    • Melakukan apa yang dikata dan mengatakan mengikut kemampuan
    • Seorang profesional perlu berfikir sebelum berkata-kata, adakah kita lakukan apa yang kita katakan dan adakah kita mampu lakukan apa yang kita katakana
    • “Professional delivers on promises made”
  • Berjiwa pengabdian & pengorbanan kepada masyarakat.
    • Memahami dan memuaskan keperluan masyarakat ada matlamat
    • Seorang profesional sentiasa mengenal pasti dan memperbaiki keperluan masyarakat
  • Komunikasi secara berkesan
    • Berkomunikasi secara berkesan, agar mesej mudah difahami
    • Mengunakan kaedah & alatan paling tepat dalam satu-satu keadaan yang memerlukan komunikasi
    • Tulisan ataupun lisan secara penerangan, pengucapan, perbincangan dan mesyuarat antara kaedah komunikasi yang perlu dipilih secara tepat.
    • Tahan daripada menyalahkan orang lain atas salah faham, komunikasi berkesan merupakan tangungjawab anda.
  • Beretika, bernilai mulia dan berprinsip
    • Menghargai dan menyokong rakan yang berkerja dengan anda.
    • Amalkan budaya yang baik & etika yang bertepatan
    • Mematuhi arahan atasan dan peraturan
  • Merendah diri & pemurah dalam pemujian
    • Puji rakan anda dan bukan anda
    • Hormati & akui kemahiran rakan sekerja
  • Kemampuan yang baik dalam perancangan & pengurusan gerak kerja.
    • Berstrategi dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja
    • Teratur dalam pegurusan
    • Akal yang ligat & cepat dalam membuat keputusan yang tepat

Sebagai penutup, seorang profesional, perlu sentiasa mencari jalan untuk berterima kasih kepada orang yang membantunya, seorang profesional berterima kasih dalam bentuk yang paling menguntungkan individu tersebut. Kekalkan senyuman di muka dan sikap yang baik di hati. Sentiasa perbaiki diri untuk mencapai tahap profesional yang terbaik untuk islam dan masyarakat, imej buruk sukar untuk dihilangkan, kenal pasti kelemahan dan kekurangan anda, dan jadi profesional hari ini juga.

Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat yang banyak untuk yang telah membacanya.

 

Ditulis oleh:

Mohd Yazid bin Yahya,

Ketua Unit Delegasi & Tenaga Kerja,

PERUBATAN Front liner (PROF),

PERUBATAN Cawangan Tanta 15/16.

 


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *