KENYATAAN RASMI : PEMILIHAN MAJLIS KETUA BATCH SESI 2015/16

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Segala puji selayaknya dirafakkan buat Tuhan Sekalian Alam yang sentiasa melimpahkan rahmat serta nikmatNya kepada kita semua. Selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw kerana berkat mujahadah serta kasih sayang Nabi kepada ummatnya, maka kita semua masih lagi diberi peluang menikmati nikmat Iman dan juga nikmat Islam.

                      Bersempena bermulanya sesi kuliah yang baru, kami ingin mengucapkan selamat kembali ke kuliah dan selamat menempuh alam university buat adik-adik yang baru tiba ke bumi Tanta. Seperti kebiasaan kita di bumi Tanta, setiap kali memasuki sesi kuliah yang baru maka kepimpinan batch juga akan berubah, dengan harapan akan membawa sinar perubahan ke arah prestasi akademik ahli batch serta penjagaan kebajikan juga kerohanian yang lebih baik.

                        Majlis Ketua Batch (MKB) merupakan kaki dan tangan PCT bertindak sebagai salah satu unit khas di bawah naungan Naib Pengerusi yang ditubuhkan dengan tujuan membantu kepimpinan PCT meningkatkan prestasi akademik batch, menjaga kebajikan,kerohanian dan kesatuan ahli batch. Di samping itu, MKB bertindak sebagai duta kecil AJKT PCT dalam batch masing-masing yang berperanan mempromosikan perkhidmatan serta pembawaan-pembawaan PCT kepada ahli batch masing-masing. Bertepatan dengan pembawaan PCT tahun ini iaitu pembawaan “Keluarga yang Sakinah” serta tema pilihan tahun ini iaitu “Satu Hati Satu PCT”, MKB diharapkan dapat memainkan peranan sebagai agen utama ke arah kejayaan pembawaan dan tema ini.

                          Sebagai penaung kepada Majlis Ketua Batch (MKB), pada tahun ini kami ingin menampilkan sedikit kelainan dalam pemilihan ketua dan penolong ketua batch. Pada tahun ini, pemilihan akan dijalankan ala-ala pilihanraya. Oleh yang demikian, pemilihan dikehendaki dijalankan dalam program Glow with Flow (GWF) anjuran Biro Akademik (BCAD) yang akan dilangsungkan dalam minggu ketiga kuliah mengikut batch masing-masing dan diuruskan oleh MKB yang lama. Program ini merupakan program pengenalan subjek untuk kuliah baru bagi setiap batch.

                           Pemilihan ini dilakukan dengan teknikal baru sebegini adalah supaya KB dan PKB yang terpilih merupakan calon terbaik yang dipersetujui oleh segenap ahli batch memandangkan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ini selayaknya disandang oleh mereka yang berkelayakan.

Firman Allah swt :

“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata : “Ya ayahku ambillah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita) kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai” (Al-Qasas : 26)

Sabda Nabi saw :

“Bahawasanya Imam (pemimpin) yang adil terkabul doanya, dan tiada seseorang yang memandang enteng kepadanya melainkan dia seorang Munafik. Dan bahawasanya dia (pemimpin yan adil) adalah salah satu dari tujuh orang yang dinaungi Allah di bawah naunganNya, pada hari iada naungan melainkan naungan Allah (di hari Kiamat).

Sudah tentu terdapat ganjaran yang besar bagi mereka yang menjadi pemimpin yang baik dan menjalankan hokum Allah dengan baik.

Sabda Nabi saw :

“Ya Allah ya Tuhanku! Barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu dia menyusahkan mereka, maka balaslah dia dengan kesusahan. Dan barangsiapa yang memudahkan, mudahkanlah urusannya.”

Sabda Nabi saw :

“ Janganlah kamu meminta jawatan kerana sesungguhnya apabila kamu diberi jawatan tanpa memintanya maka kamu akan dibantu dalan menjawat jawatan tersebut, tetapi kalau kamu diberi jawatan kerana meminta maka jawatan itu diserahkan sepenuhnya kepadamu” (HR Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt :

“ Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya pula.” (al-Zalzalah : 7-8)

Oleh hal yang demikian, diharapkan agar pemilihan ini dapat berjalan dengan baik dan telus serta dapat menghasilkan KB dan PKB yang berkelayakan dan mampu memimpin ahli batch kea rah yang lebih baik dan cemerlang.

Sekian.

 

Color-NEW-600x600

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’,ar-Rahmah”

“Satu Hati Satu PCT”

 

 

 

halim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Abdul Halim bin Mahamud

Naib Pengerusi 1

 

 

SYAHIRAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nuur Syahirah bt Sabran

Naib Pengerusi 2

 

PERUBATAN Cawangan Tanta 2015/16.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *