LAPORAN PERTEMUAN BERSAMA DEKAN FAKULTI PERGIGIAN UNIVERSITI

Tanta, 11 April 2015 – Pada hari Sabtu 11 April 2015 yang lalu, dengan izin Allah telah diadakan satu pertemuan di antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Tanta bersama dekan baru Fakulti Pergigian Universiti Tanta, Prof. Hoda Mohammed Amin.
Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 11.00 pagi yang diketuai oleh saudara pengerusi sendiri iaitu saudara Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor, disertai bersama oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta.

11163605_10205769000737920_88047913_o

Di dalam pertemuan yang sungguh bermakna itu, beberapa perkara penting telah dibincangkan antaranya ialah:
1. Perutusan tahniah kepada Prof. Hoda di atas pelantikan semula sebagai dekan Fakulti Pergigian Universiti Tanta.
2. Sesi pengenalan PERUBATAN Cawangan Tanta.
3. Sesi pengenalan barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan tanta.
4. Perbincangan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar pergigian dan penyelesaiannya.

Antara masalah yang dibincangkan ialah tentang masalah fail pelajar. Isu ini bukanlah isu baru yang timbul yang dihadapi oleh para pelajar, namun keputusan mengejut pihak fakulti pergigian yang mengubah pendirian berkenaaan kebenaran menduduki peperiksaan akhir tahun yang bakal tiba lantaran masalah fail, sedikit mendukacitakan sebahagian besar mahasiswa/I fakulti pergigian.
Pada awalnya, mahasiswa/I fakulti pergigian dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun walaupun tidak melengkapkan fail pelajar, namun keputusan itu berubah selepas beberapa tempoh masa atas faktor-faktor tertentu yang dinyatakan oleh pihak fakulti.

11180574_10205769000897924_1267800524_o (1)

Perbincangan seterusnya berkisar tentang masalah tarikh majlis graduasi mahasiswa tahun akhir fakulti pergigian yang bakal tiba seusai tamat pengajian kelak. Setelah dinyatakan dan dijelaskan oleh Prof. Hoda, tarikh majlis graduasi tersebut diserahkan kepada perbincangan para mahasiswa dan Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Tanta dan akan diteliti oleh pihak fakulti. Adapun begitu, pihak fakulti menegaskan bahawa para bakal graduan fakulti pergigian Universiti Tanta wajib menduduki satu tempoh 3 bulan praktikal yang dipanggil sebagai Sanah Imtiyaz.

Makluman ini menjadi satu tanda tanya yang juga menjadi satu masalah yang akan dipantau dari masa ke semasa oleh PERUBATAN Cawangan Tanta kerana yuran yang dikenakan bagi tempoh praktikal ini agak mahal iaitu 1000 USD setiap bulan. Tambahan pula, status daripada pihak penaja seperti JPA dan MARA masih belum diketahui. Kebanyakan bakal graduan fakulti pergigian kita terdiri daripada latar belakang yang pelbagai dan kebanyakannya ditaja oleh pihak penaja dan mereka terikat dengan perjanjian yang telah digariskan oleh pihak penaja masing-masing. Seperti yang dimaklumkan kepada pimpinan PCT di dalam pertemuan itu, uran bernilai 1000 USD merangkumi infection control fee, quality insurance fee dan emergency care fee.

Masalah kesihatan pelajar juga antara isu yang ditimbulkan lantaran baru-baru ini, ramai di kalangan mahasiswa kita yang memiliki masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Berikutan hal ini, pihak PERUBATAN Cawangan Tanta di bawah Biro Kebajikan amat berbesar hati untuk menawarkan
khidmat dan bantuan kepada ahli yang memerlukan terutamanya yang memiliki masalah kewangan dan kesihatan.

Akhir sekali, pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta amat optimis dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli yang semuanya terdiri daripada mahasiswa perubatan dan pergigian Universiti Tanta.

11171626_10205769000817922_1345544353_o (1)

Semoga Allah redha dengan setiap usaha kebajikan dan dakwah yang cuba disemai oleh para pimpinandan pendokong PERUBATAN insyaAllah.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’,ar-Rahmah”

“Satu Hati Satu PCT”

Color NEW

PERUBATAN Cawangan Tanta 2015/2016

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *