[KENYATAAN RASMI] PERLANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JPC TANTA SESI 2014/2015

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah syair arab ada menyebut:

Sesungguhnya ditangan pemudalah urusan ummah, dan pada langkah pemudalah kelangsungan hidup ummah tersebut’

Mahasiswa merupakan golongan yang terkehadapan pada masa kini dalam segenap aspek, tidak kira dalam aspek pengkajian, pemikiran mahupun kepimpinan. Sejarah membuktikan kepimpinan khususnya di peringkat mahasiswa mampu memberikan satu impak yang cukup positif kepada masyarakat sekeliling. Tanpa pemimpin dari kalangan anak muda yang memulakan gerakan tajdid sudah pasti tidak kedengaran laungan kemerdekaan pada awal 50-an di Malaysia suatu ketika dahulu.

Kepimpinan mengajar kita untuk hidup secara berorganisasi, tersusun serta bersistematik. Kewujudan PERUBATAN Cawangan Tanta yang bermula sejak tahun 2006 sehingga kini telah membawa dimensi yang baru untuk pelajar sains kesihatan khususnya di Tanta. Pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta yang silih berganti dengan pencapaian yang tersendiri dalam setiap sesi memberikan satu bukti yang jelas akan aspek kepimpinan yang cukup dititikberatkan oleh mahasiswa di bumi sidi Badawi ini.

Dalam surah as-Saff, ayat ke 4 yang bermaksud

‘sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh’

memberi gambaran akan peri pentingnya organisasi yang tersusun bagi menguatkan lagi kekuatan ummah dan seterusnya meletakkan Islam sebagai cara hidup yang melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia sejagat.

Penubuhan Jawatankuasa Pilihan raya PERUBATAN 2014/2015

Dengan berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, fasal 27 (1) (a)

Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan’

Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015 telah bersetuju untuk melantik Mohammad Shah Syafullah bin Che Ahmad sebagai Pengarah dan Siti Umirah binti Nasruddin sebagai Timbalan Pengarah JPC 2014/2015 bagi PERUBATAN Cawangan Tanta.    

Diharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Tanta dapat memeriahkan lagi pilihanraya pada kali ini, dan sama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang telah direncana oleh pihak JPC serta sama-sama untuk turun mengundi dalam perlantikan pimpinan yang baru untuk sesi akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

 

pami

 

 

 

Mohammad Zulfahmi bin Hanafi
Ketua Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015

 

 

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *