FIQH PERUBATAN : Ibadah Pesakit Bab Bersuci

Color NEW

 

1. Rukhsah bersuci
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur,” (Al-Maidah : 6)

 

2. Peranan professional kesihatan muslim
1. Memberi kefahaman yang jelas tentang islam
2. Memberi kesedaran kepada pesakit tentang kewajipan solat dalam apa jua keadaan sekalipun
3. Membantu pesakit menjalankan ibadah seharian
4. Mendekati dan memahami permasalahan pesakit yang tidak solat
5. Memainkan peranan dalam menjayakan ‘hospital mesra ibadah
6. Menyebarkan ilmu Ibadah Pesakit kepada masyarakat

 

3. Bersuci
1. Fardhu wuduk
1. Niat
Niat dalam keadaan biasa :

نويت رفع الحدث الأصغر لله تعالى
“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana ALLAH Taala.”

Niat bagi mengharuskan solat

نويت الوضوءلاستباحة فرض الصلاة لله تعالى
“Sahaja aku berwudhuk untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala.”

2. Membasuh muka
3. Membasuh tangan hingga ke siku
4. Menyapu sedikit air di bahagian rambut/kepala
5. Membasuh kaki hingga ke dua buku lali
6. Tertib
2. Fardhu Tayamum

1. Niat tayamum

 

tayammum

“Sahaja aku bertayamum untuk membolehkan sembahyang kerana Allah Taala”

2. Menyapu debu itu ke muka
3. Menyapu debu itu ke tangan sehingga ke siku
4. Tertib

NOTA PENTING
 Sekiranya pesakit tidak boleh menggunakan air sama sekali disebabkan pelbagai keuzuran.
 Namun sekiranya pesakit hanya mampu menggunakan air pada anggota-anggota wudhuk tertentu sahaja dan pada anggota tidak boleh terkena air dengan alasan yang syar’ie seperti luka yang berbalut atau terdedah, kaki atau tangan patah dan bersimen atau jabirah (balutan) yang tidak boleh terkena air, maka wudhuk digabungkan dengan tayamum.

 

4. Teori asas dan konsep keringanan dalam wudhuk dan tayamum
1. Pesakit yang berkaitan najis
i. Menunggu waktu masuknya waktu solat.
ii. Membersih atau membalut tempat keluar semampunya.
iii. Menyumbat atau membalut tempat keluar najis.
iv. Berwudhuk dan diniatkan seperti berikut :-

نويت الوضوءلاستباحة فرض الصلاة لله تعالى

“Sahaja aku berwudhuk untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala.”

v. Menunaikan solat serta merta selepas wudhuk dan sah solatnya ; tidak perlu diulang.
 Wudhuk ini hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu.

2. Wudhuk pesakit yang menggunakan pembalut luka ; luka di anggota wudhuk
i. Berwudhuk seperti biasa pada anggota wudhuk.
ii. Tiba di anggota yang berbalut, sapukan air di atas pembalut luka.
iii. Sah solatnya tidak perlu ulangan.
 Proses penyapuan di atas pembalut luka ini terbatal sekiranya pembalut luka dicabut atau gugur sendiri ; atau luka telah sembuh walau pembalut luka tidak dicabut.

3. Tidak mampu menggunakan air
a. Jika yang terlibat bukan anggota tayamum maka perlu menyapu air pada anggota wudhuk lain yang sihat dan tinggalkan kawasan anggota wudhuk yang sakit. Kemudian sempurnakan wudhuk dengan melakukan tayamum. Sah solatnya dan tidak perlu diulang.

b. Jika tempat terlibat adalah anggota tayamum, maka sapukan sahaja air pada tempat yang boleh terkena air dan biarkan tempat yang tidak boleh terkena air tersebut. Oleh sebab ada yang tidak sempurna dalam bersuci, solat tersebut hendaklah di qada’ setelah sihat.

c. Sekiranya seluruh tubuhnya sukar menggunakan air seperti pesakit demam atau leukimia yang tidak melibatkan kimoterapi, maka pesakit boleh meninggalkan wudhuk dan menggantikannya dengan tayamum. Sah solatnya tidak perlu diulang.

4. Solat tanpa wudhuk dan tayamum
Bagi pesakit yang tidak dapat mengambil wudhuk (menggunakan air) atau bertayamum (menggunakan debu) maka syara’ memberi keringanan kepadanya untuk menunaikan tanpa wudhuk atau tayamum. Solat ini disebut di dalam fiqh sebagai “Solat Faqidut Tahurain”. Solat tersebut hendaklah di qada’ setelah sihat.

5. Praktikaliti bagi pesakit yang melibatkan Jabirah/balutan/tampalan
1. Bersuci bagi pesakit yang memaki jarum @ IVdrip                                                                                               iv
i. Berwudhuk seperti biasa pada anggota wudhuk.
ii. Tiba di anggota yang berbalut, sapukan air di atas pembalut luka.
iii. Sah solatnya tidak perlu ulangan.

2. Pesakit yang berbalut sebahagian kepalanya
2.1. Pesakit berbalut kepala sebahagian di dahi dan sebahagian kepala yang berambut

i. Wudhuk seperti biasa di bahagian muka.
ii. Bahagian dahi yang tertutup hendaklah disapukan sahaja air.
iii. Manakala rambut meskipun sebahagian besarnya tertutup dengan balutan tetapi masih ada lagi rambut di kawasan atas daripada anak telinga deanggap sebagai rerambut yang berada di bahagian kepala. Sapukan air di situ.
iv. Sah solatnya dan tidak perlu diulang.

2.2. Sebahagian kepala berbalut dan seluruh rambut juga turut berbalut

kepala

i. Wudhuk seperti biasa di bahagian muka.
ii. Bahagian dahi yang tertutup hendaklah disapukan sahaja air.
iii. Manakala rambut tertutp dengan balutan sepenuhnya. Sapukan air di bahagian kepala.
iv. Sah solatnya dan tidak perlu diulang.

3. Pesakit yang berbalut keseluruhan kepala
3.1. Masih boleh terkena air.

kepala 1
i. Wudhuk seperti biasa di anggota lain selain muka dan kepala.
ii. Bahagian muka dan kepala yang tertutup hendaklah disapukan air, sama seperti pesakit jabirah @ balutan, boleh terus bersolat
iii. Sah solatnya dan tidak perlu diulang

3.2. Langsung tidak boleh terkena air
i. Wudhuk seperti biasa di anggota lain yang boleh dikenakan air.
ii. Solatnya perlu diulang.

4. Pesakit yang tidak berbalut dan tidak boleh kena air
4.1. Sekiranya bahagian luka (lengan) (anggota wudhuk dan tayamum) tidak berbalut tersebut langsung tidak boleh terkena air, maka solat masih wajib dan bersuci dengan berwudhuk yang hanya membasuh anggota lain yang boleh dikenakan air sahaja. Solatnya perlu diulang disebabkan wudhuk dan tayamum tidak sempurna.

tangan

4.2. Sekiranya bahagian luka (jari kaki) (anggota wudhuk) tidak boleh terkena air, maka disapukan sahaja air pada bahagian boleh, Manakala bahagian kaki kanan yang sakit tersebut hanya disapukan air pada tempat yang boleh sahaja. Bagi menyempunakan wudhuk yang tidak sempurna di bahagian jari-jari kaki tersebut, maka hendaklah pesakit bertayamum dengan sekali tayamum.

kaki

5. Pesakit berbalut/bertampal dan boleh kena air
Rujuk kaedah bersuci bagi pesakit yang memakai jarum @ IVdrip

kaki 1

6. Bersuci bagi pesakit yang melibatkan najis

1. Wanita istihadhah.
2. Penyakit “Salas Al-Baul”.
3. Wanita yang menghidapi penyakit keputihan(Fluor Albus).
4. Wanita yang kemaluannya keluar angina tanpa boleh ditahan atau kawal @ “kentut faraj” (Vaginal flatulence).
5. Pesakit yang menggunakan lampin dewasa (Fecal incontinence).
6. Buasir (Hemorrhoids).
7. Pesakit memakai tiub saluran najis (Colostom y& Catheter).

Penyelesaian bagi situasi 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7 ialah :
i. Menunggu waktu masuknya waktu solat.
ii. Membersih atau membalut tempat keluar semampunya.
iii. Menyumbat atau membalut tempat keluar najis.
iv. Berwudhuk dan diniatkan seperti berikut :-
v. Menunaikan solat serta merta selepas wudhuk dan sah solatnya ; tidak perlu diulang.
 Wudhuk ini hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu.

8. Pesakit terlantar (tua @ lumpuh).
 Kebiasaannya memerlukan pembantu untuk bersuci.
 Amat digalakkan menggunakan spray.
 Adakalanya terdapat najis yang telah cuba diselenggara dengan sebaik mungkin tetapi masih ada saki baki yang sedikit. Justeru, ini termasuk dalam keringanan “umumul balwa” iaitu perkara yang tidak mampu dielakkan.

9. Pesakit yang sentiasa berasa hendak kencing dan masih boleh mengawalnya.
 Sekiranya pesakit masih boleh mengawal tindakan pengeluaran air kencingnya, maka pesakit seperti ini tidak terlibat dengan keringanan atau istibahatus solah.
 Jika sesekali keluarpun masih belum dianggap golongan yang diberikan keringanan. Jika sesekali terkeluar maka hendaklah dibasuh dan berwudhuk kembali seperti biasa.

10. Pesakit yang terkencing apabila batuk.
i. Sekiranya bersin : ia bukan satu keringanan, kerana ianya jarang berlaku dan pesakit perlu melakukan wudhuk seperti biasa.
ii. Sekiranya batuk : dalam tempoh sakit batuk tersebut, maka kebiasaannya pesakit akan mengalami masalah punci kencing. Setiap kali batuk akan menyebabkan terkeluarnya kencing. Maka, pesakit ini hendaklah bersuci sebagaimana penyelesaian bagi situasi no. 1-7 sebelum ini.

11. Saki baki darah di pakaian atau atas cadar katil untuk bersolat
 Sebaiknya tukar pakaian atau kain cadar dengan yang lain.
 Saki baki darah yang sedikit dianggap sebagai “umumul balwa” @ perkara yang tidak dapat dielakkan.
 Keringanan diberikan kepada titisan darah atau tompokan darah yang diijtihadkan sebesar wang syiling.

Lain-lain kes : Wudhuk orang yang kehilangan atau cacat anggota wudhuknya
i. Sekiranya kecacatan tidak melibatkan anggota wudhuk, maka ianya tidak menjadi perbahasan di sini melainkan jika ianya melibatkan mandi wajib.
ii. Sekiranya pesakit tiada kedua tangan dan kaki maka wajib berwudhuk pada muka dan kepala sahaja. Tetapi sunat disapukan air pada baki anggota hujung yang sedia ada.
iii. Sekiranya pesakit mempunyai kaki juga tetapi kaki tersebut kecil dan tidak sempurna keadaannya, maka wajib menyapu air pada anggota kaki tersebut.

Rujukan
Pedoman Pesakit
Penulis : Ustaz Azhar Hj. Yahya & Ustazah Fadhilah Hj. Yaacob

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *