[BERITA] EDTA 2014: TRUST US, YOUR TEETH MATTER

10811704_10203792988238380_81236943_n

 

TANTA, 10-12 NOVEMBER Euphoric Dental Week of Tantawi 2014 (EDTA 2014) adalah satu program yang julung kalinya dianjurkan oleh Tanta Dental Team (TDT) dengan kerjasama Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015.

Program ini bertujuan memberikan kesedaran tentang kepentingan penjagaan gigi kepada mahasiswa dan mahasiswi Tanta. Di samping itu, EDTA 2014 menjadi medan untuk ahli TDT mengasah kemahiran praktikal dan komunikasi dalam mengendalikan pesakit.

EDTA 2014 telah dirasmikan oleh Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta Sesi 2013/2014 di Dewan Pelajar Tanta (DPT). Sepanjang tiga hari program ini berlangsung, aktiviti jualan, pameran, pemeriksaan gigi, khidmat nasihat pergigian dan permainan telah diadakan.

Pada hari pertama, sambutan terhadap pemeriksaan gigi dan pameran agak hambar disebabkan ketiadaan bekalan elektrik di DPT. Forum Fiqh Pergigian yang menampilkan Ustaz Muhammad Zaid bin Amirruddin sebagai ahli panel telah diadakan pada waktu malam. Banyak ilmu baru telah dikongsikan bersama para hadirin seperti hukum pemakaian pendakap gigi, hukum memutihkan gigi dan hukum memakai gigi emas.

 

10799323_10203792988438385_771505261_n

 

Slot permainan melukis gigi sambil menutup mata pada hari kedua mengundang gelak ketawa peserta apabila mereka melihat hasil lukisan gigi yang dihasilkan mereka. Bermacam-macam bentuk gigi telah dihasilkan oleh para peserta bergantung kepada kemahiran artistik mereka. Pada waktu malam, slot It’s Toothtime 2.0  khusus untuk pelajar pergigian Tanta telah diadakan. Slot ini telah menggabungkan kelima-lima batch pergigian pada satu masa. Mahasiswa dan mahasiswi pergigian berpeluang berkenalan dan  berukhuwah sesama mereka melalui slot ini.

 

10721010_10203792988598389_286579651_n

 

Pemeriksaan gigi mendapat sambutan hangat pada hari terakhir program. Forum Public Dental Health  yang menampilkan Mohamad Raffique Fitry bin Roslan dan Nadiatul Akmal binti Badrul Hairi sebagai ahli panel telah mengisi slot terakhir EDTA. Forum ini mengetengahkan cara-cara penjagaan gigi yang betul dan jenis-jenis khidmat pergigian yang ditawarkan oleh bidang pergigian. Penyampaian hadiah kepada para pemenang permainan meneka bilangan gigi telah diadakan usai forum. Muhammad Hijan bin Muhammad Hisan memenangi kategori ikhwah, manakala kategori akhawat dimenangi oleh Tasnim binti Salahuddin.

10811484_10203792987998374_1235969856_n

10807943_10203792989038400_403606111_n

 

Majlis persamian penutup EDTA 2014 telah dirasmikan oleh Mohd Arif bin Ahmad, Naib Presiden 1 PERUBATAN merangkap Ketua Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar. Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan dari tahun ke tahun dan berharap program seperti ini dapat membantu melahirkan graduan yang bukan sahaja faqih tentang Islam malah faqih dalam bidang yang diceburi sama ada perubatan mahupun pergigian. Beliau turut menegaskan kepentingan menguasai ilmu secara berkumpulan kerana gerak kerja dakwah dapat dilaksanakan dengan lebih mudah secara berkumpulan.

 

Akhir sekali, beliau berharap pelajar perubatan juga dapat menghadiri program anjuran pelajar pergigian pada masa hadapan.

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *