[ARTIKEL]HARI ARAFAH

poster hari arafah

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijah dan pada waktu itu semua jemaah haji berkumpul di Arafah bagi melaksanakan ibadah wukuf. Padang Arafah terletak 22 kilometer daripada Bandar Makah.Arafah bermaksud pertemuan atau perkenalan.Arafah juga merupakan gambaran padang Mahsyar,yang nantinya semua makhluk akan dikumpulkan disana sebelum melangkah ke syurga atau neraka.

Wukuf di Arafah mengingatkan kita akan peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Sebahagian pendapat menyatakan perpisahan mereka selama lebih kurang 200 tahun dan mereka berdua bertemu kembali di padang Arafah.

Semasa wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT. Ini saat seseorang hamba kembali kepada Penciptanya untuk mendapat keampunan.dan keredhaan-Nya. Wukuf adalah puncak ibadah haji, tanpa wukuf ibadah haji tidak berhasil. Bahkan yang sakitpun juga harus ikut serta ke Arafah untuk menunaikan rukun haji sebagai syarat utama sah ibadah haji.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Haji adalah (wukuf) di Arafah.” Ketika berada di Arafah pada 9 Zulhijjah hendaknya jemaah memperbanyak doa, berzikir, membaca al-Quran, talbiah dan lain-lainnya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”

Bagi kita yang tidak menunaikan ibadah haji,amatlah disunatkan melaksanakan puasa sunat 9 zulhijjah.
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Niat Puasa Hari Arafah;
“Sahaja aku berpuasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.”

 

“Menghayati perjuangan, memaknakan pengorbanan”

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *