LEMBARAN KASIH 1435H – ‘LAHIRKAN IKATAN, TEGUHKAN KEPERCAYAAN’

 

10634447_859737000725633_1898065308_n

TANTA, Syawal – ‘Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita mesrakan, yang mesra kita abadikan’. Itulah yang cukup sinonim dengan ketibaan Syawal yang merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam.  Mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan sangat dituntut dalam Islam tanpa mengira masa dan ketika apatah lagi di bulan Syawal. Sejajar dengan hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi :

“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?” tanya Rasulullah kepada para sahabat. “Tentu saja,” jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghubungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim”. (HR Bukhari Muslim)

Sehubungan itu, di kesempatan ini, kami di barisan Jabatan Setiausaha mewakili PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) mengambil inisiatif mengedarkan kad ucapan sempena Aidilfitri bagi mengukuhkan jaringan hubungan luar PCT dengan ibu bapa dan waris ahli, juga dengan pihak badan berkuasa Malaysia di Mesir seperti EME, KBMK, JPA, MARA dan sebagainya, serta adik-beradik PERUBATAN Cawangan yang lain dan di samping mengeratkan lagi hubungan yang sudah terjalin antara PCT dan setiap ahlinya.

Usaha murni ini telah diberi nama sebagai ‘Projek Lembaran Kasih 1435H’ telah menggariskan beberapa objektif di dalam menjayakannya. Antaranya ialah :

1.1   Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli, ibu bapa dan waris ahli, badan berkuasa Malaysia di Mesir, dan PERUBATAN Cawangan yang lain dengan PERUBATAN Cawangan Tanta .

1.2   Menyampaikan salam Aidilfitri dari pucuk pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta.

1.3   Memperkenalkan persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak mereka di perantauan.

1.4   Memaparkan analisa peperiksaan bagi dua tahun sesi pengajian yang lalu.

1.5   Menghebahkan saluran untuk berhubung dan mengikuti perkembangan PERUBATAN Cawangan Tanta.

1.6   Sebagai mekanisme untuk mencari dana PERUBATAN dari mereka yang dirasakan berkemampuan.

 

10584990_859737134058953_1741729968_n

Kad raya ini telah berjaya dikirim kepada ibu bapa dan waris ahli dengan bantuan beberapa orang sukarelawan dan melalui POS Malaysia. Manakala pemberian kad raya kepada pihak badan berkuasa Malaysia di Mesir dan juga PERUBATAN Cawangan yang lain telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta, saudara Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor kepada wakil-wakil EME, KBMK, JPA, MARA dan juga pengerusi-pengerusi PERUBATAN Cawangan semasa majlis Sambutan Raya PERUBATAN (MESRA ’14).

Bertemakan ‘Lahirkan Ikatan, Teguhkan Kepercayaan’, begitulah juga harapan kami dalam menjayakan Projek Lembaran Kasih 1435H ini. Setinggi-tinggi pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, segalanya berjalan lancar dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelbagai pihak. Semoga redha dan keberkatan Allah mengiringi setiap amal ini.

 

==============
Media powered by

Pautan lain:

Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *