PEACE MELEBARKAN JARINGAN KE AFRIKA [AL-QURAN FOR AFRICA]

10250076_10202888604309347_807400979684588398_n

 

TANTA, 25 Jun 2014 – Dengan hanya 4 hari kutipan bermula 20hb hingga 24hb Jun, ‘Al-Quran For Africa’ telah berjaya mengumpulkan LE 3305 dan 26 naskhah Al-Quran. Penyerahan wang sumbangan dan naskhah Al-Quran telah disampaikan oleh Ketua PEACE PERUBATAN Cawangan Tanta, Saudara Muhammad Badrul Amin Bin Hassan kepada Wakil Student Union yang bertempat di Fakulti Perubatan, Universiti Tanta.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah al-Baqarah: 261)

Untuk makluman, PEACE (PERUBATAN For Peace and Care) bekerjasama dengan Student Union, dalam program ‘Al-Quran for Africa’ mengajak dan menggalakkan ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Tanta untuk turut serta dalam menyumbang kepada rakyat di Afrika. Dengan itu, pihak Student Union menggalas sepenuhnya amanah untuk menyampaikan hasil kutipan kepada orang-orang di Afrika nanti.

Sedikit kata-kata harapan daripada Saudara Muhammad Badrul Amin, “Semoga program sebegini memberi manfaat dan kemudahan kepada anak-anak kecil mahupun dewasa di Afrika. Dengan niat dan usaha yang kecil ini diharap Allah mempermudahkan kita dalam menuntut ilmu setelah serba sedikit membantu saudara seislam kita di sana. Marilah bersama-sama meningkatkan diri dalam aspek rohani lebih-lebih lagi dengan ketibaan bulan Ramadan untuk melazimi al-Quran. Allahumusta’an.”

 

“Our Ummah, Our Concern”
PERUBATAN For Peace and Care,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015.

 

Pautan lain:

Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *