[KENYATAAN RASMI : UJIAN RAMADHAN]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Salam Ramadhan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita nikmat Islam dan iman dalam diri kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam yang telah banyak melalui manis perit ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga  kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 2-3 yang bermaksud;
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘ Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”

Ramadhan 1435H kali ini, warga Tanta dikejutkan dengan insiden yang tidak disangka-sangka akan terjadi.  Pada 13 Julai 2014, hari Ahad  markaz Dewan Pelajar Tanta (DPT) dipercayai telah dipecah masuk apabila seorang ahli melaporkan beliau ternampak pintu DPT dalam keadaan terbuka pada waktu zohor. Kejadian ini telah dilaporkan ke Balai Polis oleh saudara Pengerusi PCT, Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor bersama Pengerusi DPMT, Ustaz Badruzzaman bin Mat Nasir.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui” (Al-Baqarah : 216)

Apabila sesuatu yang terjadi ketahuilah bahawa telah disusun olehNya dan Dia sedang mengaturkan sesuatu untuk kita. Kejadian ini juga turut dirasai apabila beberapa aset berharga milik kita bersama turut hilang.  Jabatan Bendahari  telah menganggarkan kerugian yang dialami dalam insiden ini bernilai melebihi LE 6000. Antara aset yang dilaporkan hilang ialah:

BIL ITEM HARGA (LE)
1 Generator 2500
2 PA sistem 1700
3 Alat pembesar suara (speaker) 700
4 Mikrofon 505
5 Aset Biro Perumahan seperti gerudi dan lain-lain 505
JUMLAH 6005.00

Sehubungan itu, tabung sumbangan kes pecah masuk DPT sedang dijalankan. Ahli yang berhasrat untuk menyumbang boleh disalurkan terus kepada Ketua atau Timbalan Jabatan Bendahari ;

  • Mohd Hanif bin Mohd Arshad  (+2 01147823858)
  • Nur Afiqah binti Mohd Nawi  (+2 01147678613)

Semoga insiden ini turut menjadi pengajaran buat kita semua lebih-lebih lagi kita masih dalam madrasah Ramadhan. Apa yang ada disisi kita akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal selama-lamanya. Allah pasti akan memberi ganjaran kepada orang yang bersabar.

 

Disediakan oleh,

“Pemacuan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

hanif bendahari

 

 

 

 

 

Mohd Hanif Bin Mohd Arshad
Bendahari
PERUBATAN Cawangan Tanta

afiqah timb bendahari

 

 

 

 

 

Nur Afiqah Binti Mohd Nawi
Timbalan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Tanta

 

Pautan lain:

Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *