[ARTIKEL] AKTIVITI YANG DI GALAKKAN SEPANJANG RAMADHAN

 

45250_127807810599721_106942179352951_152410_787195_n

Fasa ketiga ramadhan lebih meriah dengan kehadiran Lailatul Qadr.

Individu yang rindukan malam yang lebih baik daripada malam 1000 bulan ini pasti sanggup mengetepikan segala kesusahan untuk memburu Lailatul Qadr ini.

Bagi wanita , jangan lupa rebutlah peluang ini dengan memperbanyakkan amalan sunat antaranya IKTIKAF di masjid-masjid. Perbuatan duduk/beriktikaf di masjid dengan niat bermunajat kepada ALLAH sangat digalakkan (sunat muakkad) dalam Islam , bukan hanya untuk kaum Adam, tapi juga untuk kaum Hawa. Tujuannya hanya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Orang yang beriktikaf, haruslah ;

1)      Muslim

2)      Berakal

3)      Baligh

4)      Suci daripada janabah, haid dan nifas

 

Rukun-rukun iktikaf

1)      Niat

–  Berada dalam masjid tanpa niat, tidak mendapat pahala iktikaf

2)      Berdiam diri di dalam masjid

–  Kita sedang mendampingi masjid untuk membersihkan hati dengan mengingati ALLAH dan berdamping dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNya yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri denganNya.

 

Iktikaf dimana?

Menurut Imam As –Syafie, wanita tidak boleh beriktikaf di rumahnya kerana iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid.

Tempat yang paling elok beriktikaf adalah 3 buah masjid utama ISLAM :

– Masjidil Haram ,Masjidil Aqsa, Masjid Nabawi.

Seterusnya dimana-mana masjid yang didirikan solat Jumaat. Menurut Iman As – Syafie, boleh juga dilakukan di masjid yang tidak didirikan solat Jumaat.

 

Perkara yang membatalkan iktikaf

1)      Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan

2)      Murtad

3)      Hilang akal

4)      Haid atau nifas

5)      Berjimak

 

Rujukan :

1. http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=331192:inspirasi-ramadhan-lailatul-qadar-dan-keistimewaannya&catid=77:fokuredaksi&Itemid=131

2. Majalah Solusi, Edisi 34

 

Pautan lain:

Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *