ARMA, 11 Jun – Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015, saudara Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor bersama Bendahari, Mohd Hanif bin Arshad telah berkunjung ke ARMA bertujuan menyelesaikan masalah fail yang telah sekian lama membelenggu mahasiswa Tanta. Hasil kunjungan berjaya bertemu Ustaz Sulaiman , pegawai kedutaan yang bertanggungjawab langsung berkenaan masalah fail , pada jam 4 petang di pejabatnya. Alhamdulillah, perbincangan enam mata tersebut selama 2 jam 30 minit berjaya membuahkan hasil seperti yang berikut:

1) Bagi mahasiswa tahun 4 dan tahun 3 perubatan, status fail SEMUA LENGKAP dan kini berada di KPT Mesir kecuali bagi 20 orang mahasiswa yang akan dinyatakan nama di bawah. Anda diminta merujuk semula agensi atau menghubungi saudara Pengerusi, Luqman Hakim untuk tindakan selanjutnya.

– Bagi mereka yang didenda kerana lewat SPM dikehendaki merujuk Bendahari, saudara Hanif Arshad bagi memeriksa status bayaran. Jika didapati ada walaupun seorang yang tidak menjelaskan denda, maka fail tidak akan diuruskan dan dihantar ke Universiti Tanta.

2) Bagi mahasiswa tahun 2 perubatan dan mahasiswa tahun 1 dan 2 pergigian, fail berstatus LENGKAP dan kini berada di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan masih dalam proses penelitian.

–  Bagi mereka yang mempunyai C dalam SPM dikehendaki mengemukakan SALINAN KEPUTUSAN TAHUN 1 bagi perubatan dan PRAPERGIGIAN bagi pergigian kepada saudara Pengerusi, saudara Luqman Hakim untuk meneruskan proses fail.

– Bagi mereka yang didenda kerana lewat SPM, dikehendaki menjelaskan denda dan memeriksa status bayaran anda kepada saudara Bendahari, saudara Hanif Arshad.

3) Bagi mahasiswa tahun 1 perubatan dan prapergigian, fail berstatus LENGKAP dan kini berada di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

– Bagi yang didenda kerana SPM diminta menjelaskan bayaran dan merujuk status bayaran kepada saudara Bendahari, saudara Hanif Arshad.

– Walaubagaimanapun, EME tetap bertegas untuk TIDAK MENGURUSKAN fail mahasiswa yang mempunyai C dalam SPM.

Berkenaan keputusan Universiti Tanta bagi tidak membenarkan mahasiswa yang bermasalah fail untuk melihat keputusan peperiksaan, EME akan menghantar surat rasmi memaklumkan kepada pihak Universiti bahawa fail berstatus LENGKAP dan sedang diproses.

Senarai nama mahasiswa yang mempunyai masalah fail adalah seperti berikut:

1. Ahmad Abrar bin Ahmad Kamal
2. Ahmad Fadli bin Sabri
3. Tuan Nur Syahida bt Tuan Rusli
4. Muhamad Lukman bin Roslan Afandi
5. Mohd Syamil bin Azhar
6. Mohamed Firdaus bin Anna Mohamed
7. Fatimah bt Nek Kamal
8. Nuralia Sakinah bt Yaacob
9. Nur Ain bt Yaziz
10. Ummu Afiqah bt Ghazali
11. Nur Amirah bt Noh
12. Nik Izyan bt Nik Azmin
13. Siti Rahmah bt Haji Madali
14. Saidatul Hannah Adibah bt Ahmad Taufix
15. Siti Nursyuhada bt Nazri
16. Fasihah bt Sulaiman
17. Nabibah Husna bt Mohamad Nil
18. Nur Shaera bt Abd Majid
19. Tengku Ariff Shahmi Razin
20. Nur Saidah bt Mohamad Sufian

Anda diminta menghubungi agensi untuk mendapatkan dokumen fail untuk dihantar semula ke EME atau menghubungi saudara Pengerusi, saudara Luqman Hakim untuk tindakan selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berbuat demikian kepada:

a) Masalah fail

Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor
Pengerusi
01113466161

Aisah bt Mohd
Timbalan Pengerusi
01115684321

b) Yuran dan denda lewat SPM

Mohd Hanif bin Arshad
Bendahari
01147823858

Nur Afiqah bt Mohd Nawi
Timbalan Bendahari
01147678613

Semoga masalah fail ahli keluarga PCT akan selesai sepenuhnya kelak dan membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa Tanta. Semoga Allah swt menerima dan meredhai usaha kita yang kerdil ini, insha Allah.

 

 

fails

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015.