بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita nikmat Islam dan Iman dalam diri, yang tidak diberikan kepada semua orang bahkan hanya hamba-hamba pilihan-Nya sahaja. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam yang telah banyak melalui onak duri demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. 

Di setiap universiti di seluruh dunia, yuran pengajian merupakan kewajipan yang perlu dijelaskan oleh seseorang mahasiswa sebelum memasuki sesi akademik baru dan yuran yang dibayar ini akan digunakan oleh pihak pengurusan universiti untuk sebarang perancangan sama ada pembelajaran atau pembangunan universiti dalam tahun tersebut. Bagi mereka yang menjelaskan yuran, beberapa kelebihan ditawarkan seperti kemudahan buku rujukan, kupon makanan, insurans kesihatan , pengangkutan dan banyak lagi. 

Walaubagaimanapun, di Tanta, isu yuran merupakan isu yang saban tahun akan bertiup kencang pada setiap permulaan sesi akademik dan terutamanya pada setiap waktu peperiksaan. Hal ini sering terjadi berikutan banyaknya jumlah mahasiswa yang tidak menjelaskan yuran atas faktor-faktor tertentu. Sebagai tindakan memahami faktor- faktor tersebut, setelah berbincang dengan persatuan, pihak Universiti sering memberi kelonggaran untuk pembayaran yuran sehingga akhir sesi akademik. Antara tindakan persatuan dalam usaha menangani isu yuran pada tahun ini adalah:

1) Meminta kelonggaran kepada pengurusan universiti untuk peperiksaan pertengahan tahun dan ianya diluluskan.

 2) Meminta kelonggaran dari pengurusan universiti berkenaan kemudahan universiti seperti buku teks, kupon makanan, insurans kesihatan dan pengangkutan. Ini juga diluluskan.

 3) Meminta kelonggaran untuk memasuki peperiksaan akhir tahun. Walaubagaimanapun, ini tidak diluluskan.

4) Memohon bantuan EME untuk memohon kelonggaran dari pengurusan universiti berkenaan kemasukan ke peperiksaan akhir tahun. Namun, ini juga tidak diluluskan

Dan antara tindakan EME membantu mahasiswa dalam isu ini adalah:

1) Menghantar surat memohon kelonggaran dari universiti untuk kemasukan ke peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

2) Menghantar wakil untuk berbincang dengan pihak pengurusan universiti supaya memanjangkan tempoh pembayaran yuran. 

Namun begitu, terdapat segelintir mahasiswa yang tidak menjelaskan yuran sehingga dua atau tiga sesi akademik, menyebabkan nada mereka agak berlainan untuk peperiksaan akhir tahun sesi 2013/2014 pada kali ini. 

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Universiti berkenaan yuran dan peperiksaan sesi 2013/2014: 

“ANNOUNCEMENT FOR STUDENTS WHO HAVE NOT PAID THE FEES” 

yurn

According to the approval of Tanta University High Committee in 26th April 2014, all students who have not paid the fees for the previous years or for the recent year 2013/2014, will not be allowed to enter the final exams.” 

 Antara cadangan dari pihak universiti untuk menangani isu ini adalah:

1) Menangguhkan peperiksaan awal ini sama ada semua subjek atau subjek-subjek tertentu dan memanfaatkan tempoh tersebut untuk menjelaskan yuran. Setelah demikian, mahasiswa akan dibenarkan untuk mengambil peperiksaan untuk subjek yang selebihnya dan pada peringkat kedua. 

Sehubungan itu, bagi pelajar yang mempunyai tajaan tetapi penaja anda tidak memasukkan duit ke akaun bank anda lagi, anda diminta untuk menghubungi penaja anda untuk memaklumkan perkara ini kepada mereka. 

Akhir kata, kepada semua mahasiswa sains kesihatan Tanta, persatuan mengharapkan agar masalah ini ditangani dengan baik dan tidak mengganggu konsentrasi pembelajaran. Juga diharapkan agar kita berusaha dengan lebih bersungguh- sungguh untuk menjelaskan yuran pada awal sesi akademik akan datang untuk mengelakkan perkara yang sama pada tahun ini berulang lagi.

 

Wallahualam
“Pemacuan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui” 

 

hanif
Mohd Hanif bin Mohd Arshad
Ketua Jabatan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015 

 

afiqah nawi
Nur Afiqah binti Nawi
Timbalan Jabatan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015

 

 

Pautan lain:

Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif |
|Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|