SHANTAH RAMADHAN III, LE 19 304 BERJAYA DISUMBANGKAN!

Maarad, 14 Julai – Jawatankuasa Program Shantah Ramadhan III yang diketuai oleh Abdul Majid Khan bin Md Liyagat Ali Khan berjaya menyerahkan kutipan sumbangan yang berjumlah LE 19 304 kepada pihak pengurusan Shantah Ramadhan Masjid Taqwa Maarad. Majlis penyerahan dihadiri bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) Mohd Aiman Dan bin Anuar, Exco Biro Kebajikan (BCARE) Mohammad Luqman Hakim bin Mohamad Noor, Ketua Unit PERUBATAN For Peace and Care (PEACE), Mohd Najib bin Sukery serta Ketua Unit Jawatankuasa Sosial Islam (JAKSI) Ahmad Mahir bin Che Rahmat.

Jumlah yang berjaya diserahkan itu mewakili 80% daripada keseluruhan sumbangan iaitu sebanyak LE 24 130. Jumlah ini melebihi sasaran iaitu sebanyak LE 21 000. Walau bagaimanapun, pihak jawatankuasa program memutuskan agar 20% baki akan disumbangkan kepada pelarian Syria dan sumbangan untuk Syria ini akan dibuka lagi sehingga 1 Ogos 2013. Sumbangan yang terkumpul setakat ini tidak termasuk dengan sumbangan yang bakal disalurkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia. Sumbangan yang ingin disampaikan selepas ini boleh dilakukan kepada pengarah program iaitu saudara Abdul Majid Khan atau unit kutipan program Nabilah binti Abdul Mumin.

 Shantoh ramadhon

Proses pembelian, pembungkusan serta pengagihan akan dilakukan sendiri oleh pengurusan Masjid Taqwa dan akan disertai oleh beberapa wakil Jawatankuasa Program Shantah Ramadhan III  pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Perubahan teknikal program terpaksa dilakukan atas sebab masalah keselamatan yang tidak kondusif di Tanta ketika ini. Pihak jawatankuasa program  mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga PCT yang telah menyumbang dan memohon kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku serta mendoakan agar sumbangan yang disampaikan menjadi saham yang amat bernilai sempena Ramadhan al-Mubarak ini.

 

“Together We Unite to Serve Our Community”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

 

luqman

Mohammad Luqman Hakim Bin Mohamad Noor
Ketua Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

Shara Aliya Binti Fauzi
Timbalan Ketua Biro Kebajikan.
PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

 

disediakan oleh :

Biro Kebajikan, PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

==============
Media powered by

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif |
|Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *