[IHRAM 1434H] Shantah Ramadan Memupuk Amalan Bersedeqah

Tanta 18-19 Julai – Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan al-Kareem, program Shantoh Ramadan III anjuran kerjasama antara Biro Pembangunan Insan dan Biro Kebajikan melalui PERUBATAN For Peace and Care (PEACE) di bawah program Ihya Ramadan (IHRAM) Cawangan Tanta telah berjaya dilaksanakan. Program Shantoh Ramadan kali ini bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan ahli PCT terhadap masyarakat sekeliling, di samping menggalakkan warga PCT berlumba-lumba untuk bersedekah pada bulan barakah ini. Program ini telah bermula dengan fasa kutipan sumbangan seawal 28 Jun sehingga 13 Julai 2013. Sepanjang fasa ini, sumbangan sebanyak LE 24 130, telah berjaya dikutip di mana 80% dari hasil sumbangan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Shantah Ramadan Masjid Taqwa Maarad. Hasil dari wang kutipan ini telah digunakan untuk membeli minyak masak, makarona, gula, beras, kacang ful, kacang dhal, fasuliya dan kurma.

1002326_10200516393133257_1770260020_n

 

Di samping itu , seekor kerbau bernilai LE 9800 telah berjaya di sembelih untuk di agihkan. 20% daripada hasil kutipan ini turut disalurkan kepada warga Syria melalui wakil yang sah. Sebanyak 300 shantoh telah berjaya di agihkan kepada lebih kurang 250 keluarga di sekitar Tanta. Perancangan awal pengagihan shantoh ini adalah melibatkan ahli-ahli PCT dan kawasan pengagihan tertumpu di rumah anak yatim dan kawasan orang miskin di sekitar Tanta. Walau bagaimanapun, keterlibatan ahli dalam pengagihan shantah adalah sedikit berbanding tahun lepas dek faktor keselamatan di sekitar Tanta. Kendatipun begitu, pengagihan turut disertai oleh Jawatankuasa Pelaksana Program Shantoh Ramadan, Jawatankuasa Shantoh Ramadhan Masjid Taqwa dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta sendiri iaitu saudara Aiman Dan bin Anuar.

 

536615_10200516391533217_884973274_n

 

 

Pengagihan shantoh telah di jalankan di Maarad, Kubri Quhafah, Istad, Awal Shober, Akhir Shober dan Kafr Esom selama 2 hari, iaitu pada 18 dan 19 Julai. “Terima kasih kepada ahli kerana menyumbang. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian dan semoga Allah permudahkan kalian dalam imtihan kalian.”, kata pengarah program Shantoh Ramadan III saudara Abdul Majid Khan bin Md Ligayat Ali Khan, Mahasiswa Tahun Lima, Universiti Tanta. Akhir sekali, diharapkan agar semua mahasiswa di Tanta dan Mesir umumnya, dapat menjiwai ibadah sedekah yang dilakukan, semoga ia diterima oleh Allah s.w.t. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.

[Riwayat Abu daud dan at-Tirmidzi]

 

luqman

Mohammad Luqman Hakim Bin Mohamad Noor
Ketua Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

Shara Aliya Binti Fauzi
Timbalan Ketua Biro Kebajikan.
PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

 

“Together We Unite to Serve Our Community”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

 

disediakan oleh :

Biro Kebajikan, PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

==============
Media powered by

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif |
|Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *