Sistem Kamsis

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memberikan hidayah dengan kehendakNya,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu a’laihi wasallam, penghulu segala nabi, yang membawa rahmat ke seluruh alam. Selawat dan salam juga kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang memperjuangkan agamaNya sehingga ke akhir zaman.

Sabda Nabi SAW maksudnya, “Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya perlantikan Imam (pemimpin) itu adalah sebahagian dari maslahat–maslahat kaum muslimin yang paling sempurna dan sebesar–besar matlamat agama . 
Imam AlJurjani

Berdasarkan hadis dan kalam ulama’ di atas, Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014 ingin memperkenalkan Sistem Kamsis kepada ahli PERUBATAN. Sistem Kamsis merupakan pembahagian kawasan penempatan mahasiswa Malaysia yang terdiri dari lima kawasan iaitu Maarad, Awal Shuber, Akhir Shuber, Kafr Isom, dan Akhir Saed yang dipimpin oleh seorang ketua ikhwah dan ketua akhawat bagi setiap kawasan.

Sistem Kamsis ini diwujudkan bertujuan untuk:

1. Memudahkan penyelarasan maklumat ahli setiap kawasan
2. Menjadi tempat rujukan ahli dalam aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan.
         i.  Keselamatan-rujukan mushrif, bantuan kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain.
         ii. Kesihatan– peti kecemasan (first aid kit) disediakan untuk setiap kawasan.
        iii. Kebajikan– menjadi tempat rujukan para ahli atas segala bentuk aduan atau kesulitan.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.

Buat julung kalinya, Bhome ingin memberi nafas baru dalam sistem kamsis melalui penamaan kawasan kamsis dengan zaman kegemilangan kerajaan Islam. Kami berharap agar sirah perjuangan Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 24 tahun telah mampu menawan kota Konstantinopel ini, dapat membangkitkan jiwa pemuda Islam setiap ahli.

Berikut merupakan perincian Sistem Kamsis:

BIL.

KAWASAN

SEMPADAN

KETUA

NO. TEL

FACEBOOK

1.

JAJAHAN CORDOVA
(Maarad)
Kubri Maarad ke jalan istad dan masjid Khalil. ABDUL MAJID KHAN 01098267491 Majid At Tsubasa
AINU TASNEEM BIN AHMAD RAHIMI 0115-7074044 Ainu Tasneem Ahmad Rahimi

2.

AL-BUKHARA

(Awal Shuber)

Seberang jalan besar Shuber ke masjid Daba’dan DPT OMAR BIN NAZMI 0111-6896375 Omar Nazmi
FARAH NUR FILZA BT A.WAHID 0114-1047800 Filza Awahid

3.

ANDALUS

(Akhir Shuber)

Belakang DPT ke imarah MM akhawat. AHMAD MUAZ B ZULKIFLI 0114-7824823 Ahmad Muaz Zulkifli
NURUL AINI IZZATI BT RODZI 0114-7823825 Aini Izzati Rodzi

4.

KONSTANTINOPLE

(Kafr Isom)

Dari masjid Daba’ ke kubri gamaah. ABDUL AZIZ BIN RAMAN 0111-3938732 Ajis Shi
NOR HIDAYATUL HUSNA BT MURAT 0111-1163752 Hidayatul Husna

5.

KERAJAAN SICILY
(Akhir Saed)
Seberang jalan besar gamaah dan Siberbay MOHD SYAMIL BIN AZHAR 0114-6708462 Syamil Azhar
NUR SYAHIRAH BT AZHAM SHAH 0114-0042271 Nur Syahirah Azham Shah

 

Sesungguhnya, Islam juga menjaga adab-adab baik sesama manusia, apatah lagi jiran setempat.  Menjaga adab terhadap jiran tetangga perlulah diterapkan dalam diri setiap ahli. Kami juga ingin menekankan supaya ahli lebih cakna terhadap perkara yang berlaku ke atas sahabat sekelilingnya supaya tidak menjadi seperti katak dibawah tempurung.

“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu, jikalau terdapat sebarang permasalahan atau inginkan rujukan berkaitan Sistem Kamsis bolehlah hubungi ketua kamsis masing-masing atau UNIT KAMSIS Bhome;

Muhammad Jeffrey B Rozze (0111-5684922)                                                                                

Farah Nur Filza Bt A.Wahid (0114-1047800)

Justeru, kami menyeru semua ahli agar mengambil cakna dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan Sistem Kamsis kerana menjaga keharmonian dalam hidup bermasyarakat khususnya di Tanta adalah tanggungjawab kita bersama. Sekian.

“Together we unite to serve the community”

#Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/2014

 

aziz

Abdul Aziz bin abdul Ghani
Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Tanta
2013/2014

 

afiqah

Nur Afiqah binti Mohd Nawi
Timbalan Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Tanta
2013/2014

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif |
|Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

 
 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *