PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN KALI KE 6 PCT (MTC VI)

Bismillahirahhamanirahim

Assalamualaikum wbt

“Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (AlQuran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Patah tumbuh hilang berganti. Dahan yang patah, akan tumbuh dahan yang baru menggantikanya. Begitu jualah bagi pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT) bagi sesi 2011/2012. Setelah lebih setahun memberi khidmat, kini sudah tiba masanya pimpinan baru dinaikkan bagi menggantikan pimpinan yang lepas. Kemuncak kepada transaksi pentadbiran ini bakal berlangsung semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke 6 PERUBATAN Cawangan Tanta yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semua sedia maklum semasa pilihan raya pada Disember yang lalu, PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) telah mempunyai pelapis pucuk pimpinan yang bakal menerajui PCT bagi sesi 2012/2013. Ini adalah hasil undian ahli-ahli PCT yang begitu komited untuk turun mengundi dalam membantu keberlangsungan pergerakan PCT. Dan, MTC kali ke 6 bakal menyaksikan titik permulaan bagi pimpinan yang baru dan berakhirnya sesi pentadbiran bagi pimpinan yang lepas. Buat pengetahuan mahasiswa Tahun 1 yang masih baru di bumi ardul kinanah ini, MTC merupakan satu persidangan agung tahunan yang mana ianya menjadi suatu medan untuk berbincang dan sesi muhasabah terbuka bagi pergerakan PCT sepanjang tahun untuk sesi 2011/2012, antara pimpinan dan ahli. Untuk tahun ini, kalian hadir sebagai pemerhati kerana antara syarat untuk menjadi perwakilan mesyuarat haruslah cukup setahun keahlian di dalam PERUBATAN .

Dengan bertemakan “Suarakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” , MTC kali ke 6 ini bakal berlangsung sehari sejurus selepas Convocation Ceremony. Ini bertujuan untuk memberikan laluan bagi program yang julung – julung kalinya diadakan bagi meraikan Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun 6 yang sudah tamat pengajian mereka dan bakal pulang ke Malaysia untuk terus berkhidmat kepada di tanah air.Mengikut perlembagaan PERUBATAN dalam fasal XXII (22) pecahan ke 5, menyatakan bahawa,

“Setiausaha Cawangan hendaklah memberi sekurang-kurangnya 14 hari notis kepada ahli mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat tahunan cawangan.”

Berikutan itu, hasil mesyuarat telah menetapkan akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke 6 pada:

Tarikh : 22 Februari 2013 bersamaan 11 Rabiul Akhr 1434 H

Tempat : Dewan Lecture Hall B (bersebelahan Dewan Makan) Masa : 7.30 pagi

Selari dengan tema yang telah diselaraskan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan di seluruh Mesir iaitu “Suarakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” , MTC pada kali ini membuka peluang seluas-luasnya kepada ahli untuk memberi sebarang idea atau muhasabah untuk pembaikan PCT akan datang. Jangan malu, jangan segan, suarakan setiap idea di fikiran anda yang mungkin bakal memberi impak besar kepada pergerakan PCT pada masa hadapan. Ini menunjukkan kita punya kesatuan untuk menjadikan PCT lebih maju dan mampu menaungi mahasiswa mahasiswi sains kesihatan di Tanta dengan sebaiknya .

Menjadi harapan besar bagi saya, agar kesemua ahli dapat memainkan peranan masing-masing dengan menghadirkan diri semasa MTC pada kali ini. Pendaftaran melalui online dan juga borang manual yang akan diedarkan melalui kelas disediakan untuk urusan pendaftaran. Sebarang maklumat lanjut mengenai MTC kali ke 6 boleh dilayari di lamn web rasmi MTC. “Suarakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” anda dalam MTC tahun ini.

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah
Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

MUHAMMAD ASRUL BIN MD RAHIM

KETUA

SETIAUSAHA

PERUBATAN CAWANGAN TANTA

SESI 2011/2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *