PCT TERUS CAKNA DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI

Tanta, 30 Disember 2012- Setelah Tanta digemparkan dengan suatu kebakaran yang melibatkan sebuah bilik seorang pelajar akhwat, tahun satu, kuliah pergigian, satu kutipan derma kilat telah dilaksanakan oleh Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Tanta bagi membantu mangsa kebakaran yang telah mengalami kerugian dalam anggaran LE 10,000.

Kerugian melibatkan computer riba, almari, katil, baju, buku-buku dan meja belajar. Hasil kutipan dari ahli PCT  telah berjaya mengumpul sebanyak LE 3,644 dan 5 rial. Mangsa pada ketika ini sedang menetap di rumah rakannya buat sementara waktu untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula pada 3 Januari 2013 untuk tahun satu pergigian.

Saudari Nurdalila Zulkefle selaku Exco Kebajikan dan saudari Aina Nadia Ahmad Nadzri selaku Ecxo Akademik PERUBATAN Cawangan Tanta 2011/2012 telah menziarahi mangsa kebakaran dan menyampaikan bantuan kepada beliau yang berupa wang hasil kutipan derma kilat dan buku-buku nota subjek yang berkaitan dengan silibus pelajaran mangsa kebakaran .

Berikut merupakan sedikit ucapan daripada mangsa kebakaran, yang hanya mahu dikenali sebagai Nani, kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Tanta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan dan warga Tanta sekalian kerana prihatin dan mengambil berat serta banyak membantu saya sepanjang menghadapi ujian ini. Sekali lagi terima kasih dan semoga Allah memudahkan urusan kalian terutamanya bagi yang sedang menduduki imtihan.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian :)”

Dalam menghadapi musim peperiksaan pertengahan tahun, keselamatan dan kesihatan diri perlu dijaga. Pelbagai musibah boleh melanda, ujian daripada Allah untuk orang yang terpilih. Mungkin hari ini dia, hari esok kita pula. Diingatkan yang paling pentingnya, umat islam ibarat satu tubuh, tatkala satu tubuh terasa sakit maka anggota tubuh yang turut merasakan sakit. Marilah sama-sama kita membantu rakan kita kerana kita ibarat satu keluarga, paha kiri dicubit paha kanan turut terasa sakit.

Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan kepada sahabat kita yang ditimpa ujian. Moga Allah membalas jasa kalian semua. Bantuan boleh terus dibuat kepada ketua kelas atau menghubungi wakil Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Tanta 2011/2012.

 

disediakan oleh : Wartawan Unit Liputan,, Unit Penerangan dan Penerbitan PERUBATAN Cawangan Tanta
==============
Media powered by


===============
O f f i c i a l l i n k s
===============

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *