KEBAKARAN RUMAH, KECIL- KECIL DISANGKA MAINAN, BESAR- BESAR MEMAKAN DIRI

Tanta, 23 Disember 2012 – Warga Tanta dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di salah sebuah rumah akhawat di lorong Hummer. Kebakaran telah menjilat hangus bilik rumah tersebut.Kejadian kebakaran tersebut telah menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang. Alhamdulillah mangsa yang merupakan Tahun 1 fakulti pergigian Universiti Tanta tidak mengalami sebarang kecederaan kerana mangsa tiada di rumah.

Kebakaran yang mula berlaku pada 5.30 pagi mula disedari oleh ahli rumah mangsa yang pada ketika itu bangun untuk menunaikan solat Subuh.Pada ketika itu,rumah dalam keadaan gelap berikutan suis utama rumah tersebut tertutup.Rakan mangsa memeriksa suis utama untuk menghidupkan bekalan eletrik dalam rumah. Setelah beberapa kali memetik suis utama, rakan mangsa terbau sesuatu hangit lalu bergegas mencabut segala peralatan eletrik yang ada di dalam rumah, kecuali bilik mangsa.

Selepas beberapa ketika, rakan mangsa menyedari cahaya oren dari bilik mangsa, namun sedikit tidak terlintas di fikirannya itu merupakan api.Sangkaannya, mangsa berada di dalam bilik tersebut dan memasang pemanas ataupun ‘heater’.Namun, tidak lama selepas itu, cahaya oren dalam bilik mangsa bergerak-gerak menandakan itu bukan cahaya dari pemanas tetapi api yang marak menyala menyambar bilik.

Rakan mangsa bergegas menghubungi rakan-rakan lain bagi mendapatkan bantuan. Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta, saudara Mohammad Naufal Mohammad Nasir, terus bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan akan kebakaran tersebut. Bersama beliau, bakal Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta 13/14 saudara Aiman Dan Anuar, Syarifuddin Assiddiqin dan Ustaz Azri,Timbalan Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta.

Pihak bomba tiba di tempat kejadian setelah setengah jam dihubungi. Setelah berhempas pulas memadamkan api, Alhamdulillah, mereka akhirnya berjaya memadamkan kebakaran dibantu jiran-jiran berdekatan. Setelah itu, mangsa bergegas ke balai polis diiringi saudara Naufal dan Ustaz Firdaus Shaharuddin, Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta bagi membuat laporan dan keterangan. Kerugian dianggarkan sebanyak LE 10 500. Setelah selesai perbincangan dengan tuan rumah, satu kata sepakat telah dilakukan. Keseluruhan kos baikpulih berjumlah LE 8000, dan tuan rumah telah bersetuju agar mangsa hanya perlu membayar separuh dan ditolak dengan takmin LE1500, menjadikan jumlah yang diperlukan sebanyak LE 2500.

Menerima kunjungan dari wakil kedutaan Malaysia.

Menerima kunjungan dari wakil kedutaan Malaysia.

Alhamdulillah, terlihat suasana mahabbah ketika mana ramai sahabat- sahabat PERUBATAN Cawangan Tanta turun dalam kesejukan pagi bagi menolong membersihkan sisa-sisa kebakaran bilik mangsa. Tabung derma kilat telah dilancarkan oleh Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Tanta bagi membantu semampu mungkin sahabiah kita yang ditimpa musibah ini. InsyaAllah, tabung derma kilat akan terus berjalan dari kelas ke kelas bagi sesiapa yag ingin meringankan beban mangsa. Sebarang sumbangan ikhlas juga boleh disalurkan terus kepada mangsa atau kepada Unit Kebajikan, Muhammad Firdaus bin Jumodi, 0111- 8698855  atau saudari Nurdalila bt Zulkefle, 0114- 7823836

Sama-sama kita sebagai saudara-saudara muslim seiman mendoakan agar Allah melindungi dan merahmati keberadaan kita di sini.
Semoga Allah permudahkan urusanmu, wahai sahabiah selepas ini. Amiin…

 

disediakan oleh : Muhammad Firdaus bin Jumodi,Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Tanta
==============
Media powered by


===============
O f f i c i a l l i n k s
===============

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *