[KENYATAAN RASMI] MENGEMAS KINI DIREKTORI AHLI BERDASARKAN LOKALITI

   Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Segala puji bagi Allah Sang Penguasa alam semesta. Semoga salawat serta keselamatan tercurahkan selalu kepada Nabi dan Rasul termulia. Berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.

 

Kebanjiran  pelajar sains kesihatan yang baru ke bumi Tanta Ardhul Kinanah serta banyaknya perpindahan sedikit sebanyak telah mengubah pola penempatan di bumi Tanta ketika ini. Direktori berdasarkan lokaliti sememangnya sentiasa berubah-ubah dan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa  , di samping kesibukan program dan menguruskan akademik sendiri.

 

Oleh sebab itu, pihak Unit Perumahan (UPPER) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) melalui subunitnya, Subunit Direktori telah bermesyuarat dan memutuskan untuk merombak semula data yang lama dan mengambil data yang baharu bagi tujuan kemaskini.  Data ini sememangnya sangat diperlukan terutamanya ketika berlakunya hal-hal kecemasan dan perkara ini sudah terbukti semasa peristiwa Revolusi 25 Januari yang lalu.

 

Sebagai pembaharuan lokaliti pelajar di Tanta akan dibahagikan mengikut Sistem Kamsis yang telah ditetapkan dan persempadanannya adalah seperti berikut:

 

BIL

NAMA KAMSIS

PERSEMPADANAN

1

MAARAD

KUBRI MAARAD HINGGA JALAN KE ISTAD DAN MASJID KHALIL.

2

AWAL SHUBER

SEBERANG JALAN BESAR SHUBER HINGGA KE MASJID DABA’ SEBELUM DEWAN PELAJAR TANTA (DPT)

3

AKHIR SHUBER

IMARAH OMAN DAN IMARAH AKHAWAT MM HINGGA KE BELAKANG

4

KAFR ISOM

MASJID DABA HINGGA KE NADI GAMAAH

5

AKHIR SAID

SEBERANG JALAN AL-BAHR

 

Teknikalnya, ajk Subunit Direktori ini akan bergerak ke setiap kelas untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan pengumpulan semula direktori berdasarkan lokaliti

 

Diharapkan kepada semua ahli PCT untuk memberikan kerjasama yang terbaik agar usaha ini dapat kita jayakan bersama. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat kerana kita memudahkan orang lain.

 

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *