Pemenang Villa Taqwa Bulan Februari 2011/2012

Tanta, Februari- Subunit Villa Taqwa, Unit Perumahan Sesi 2011/2012 PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) Villa Taqwa telah menganjurkan pertandingan Villa Taqwa dengan bertemakan ‘Baiti, Jannati (Rumahku, Syurgaku)’. Pertandingan ini diadakan bagi bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli PCT dengan menziarahi rumah-rumah mereka.
Alhamdulillah, sepanjang ziarah berlangsung ahli-ahli PCT memberikan kerjasama yang sangat baik untuk meyertai pertandingan ini. Memandangkan ahli-ahli PCT saban tahun semakin bertambah bilangannya, inilah masa yang sesuai untuk berkenalan antara satu sama lain.

   Ketika pertandingan berlangsung, pihak kami mengalami sedikit kesulitan kerana pada bulan Februari yang lalu berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pihak kami tidak ingin mengganggu ahli-ahli PCT dalam minggu peperiksaan dan memberi laluan untuk mereka membuat persediaan mengulangkaji pelajaran. Sehubungan itu, program ini terpaksa dimulakan lewat sedikit selepas tamat minggu peperiksaan yang mana hanya berbaki 7 hari ketika itu.

    Pertandingan Villa Taqwa ini dinilai berdasarkan 4 aspek iaitu kebersihan, keceriaan, penglibatan ahli terhadap PCT dan bonus. Hadiah untuk pemenang Villa Taqwa Bulan Februari 2011/2012 telah disampaikan kepada para pemenang sewaktu kelas TWEET awal Mac 2012 lalu. Pihak kami berharap semoga Villa Taqwa ini menjadi medium ziarah kepada ahli-ahli PCT.

Berikut adalah senarai nama pemenang Petandingan Villa Taqwa Bulan Februari 2011/2012:

IKHWAH
1. Avicenna [ Kawasan Kofr Isom]
2. Baitul Maqdis [Kawasan Maarad]
3. Makkah [Kawasan Kofr Isom]
4. Kafr Som [Kawasan Kofr Isom]
5. Bait Makmur [Kawasan Awal Sober]

AKHOWAT
1. Bait Ngok Ngek [ Kawasan Awal Shober]
2. Baitul Inteam [Kawasan Maarad]
3. Bait Naim [Kawasan Maarad]
4. Bait Hikmah [Kawasan Maarad]
5. Bait Munawarrah [Kawasan Maarad]
6. Bait Kak Ja [Kawasan Awal Shober]

disediakan oleh : Ira Khan
==============
Media powered by


===============
O f f i c i a l   l i n k s
===============

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *