[Gempar] Lagi Kes Gangguan Seksual

KARF ISOM, ISNIN, 24 OKTOBER 2011 – Lagi kejadian gangguan seksual apabila tiga orang siswi tahun satu perubatan Universiti Tanta telah diganggu oleh seorang pemuda arab ketika mahu pulang dari kuliah. Kejadian itu berlaku diantara jam 3.30 hingga 3.45 petang berhampiran dengan rumah timbalan pengerusi 2 PCT, saudari Zahratul Amani Mohamad Naser.

Sebelum kejadian, mereka menyedari seorang lelaki arab berjalan mengekori mereka sejak melepasi jejambat Karf Isom. Sehingga mereka hampir tiba di kawasan sawah padi, mereka memperlahankan perjalanan bagi bertujuan membiarkan lelaki tersebut berjalan mendahului mereka. Tetapi, ketika itulah lelaki arab itu mengengam punggung dua daripada akhawat-akhawat terbabit.

Walaupun mangsa menjerit, lelaki arab tersebut kelihatan masih tidak berganjak sebelum akhirnya melarikan diri ke lorong berhampiran.

Pemuda arab itu digambarkan berumur lewat 20-an, kurus, tinggi, berkulit cerah dan berambut perang. Diharap semua pelajar, akhawat khasnya supaya keluar berkumpulan hatta ke kelas. Pihak HISBAH dan JAKSI juga berharap, kejadian seperti ini membuka mata semua tentang bahaya yang boleh berlaku bila-bila masa.

Awasi pakaian dan tingkahlaku anda kerana tanpa disedari, mungkin ada yang sedang memerhati dan merancang untuk bertindak.Ingatlah, saat kita terlampau berpuas hati dengan keselamatan dan keadaan sekeliling adalah saat yang paling bahaya bagi diri kita.

 

Muhammad Asyraf Bin Othman

JAKSI TANTA 2010/2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *