Ramadhan Jangan Kita Leka

Tanta, 1 Ogos 2011 – Dalam kegirangan menyambut bulan yang mulia, satu ujian telah menimpa sahabat kita iaitu, kes kecurian telah berlaku di imarah Bait Izzah lama dekat Maarad, yang membabitkan dua orang mangsa, dekat sini hari ini.
 
Tragedi tersebut dikatakan berlaku sekitar 8.30 malam ketika mangsa, Ahmad Mustaqim Zainudin (MTS) dan Muhammad Wawaeni (MTS) bersama ahli bait mangsa sedang solat tarawih di masjid.
Dalam kes kecurian ini mangsa kehilangan wang tunai sejumlah 500 LE dan juga beberapa buah telefon bimbit, dan semuanya dianggarkan berjumlah lebih kurang 3000LE.
Dalam fatrah Ramadhan ini, walaupun kita sedia maklum bahawa syaitan telah dibelengu tetapi jangan kita lupa nafsu masih berleluasa, oleh itu jangan kita lalai dan leka untuk sentiasa berjaga-jaga setiap masa. Untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang, langkah – langkah keselamatan perlulah dipertingkatkan. Pastikan pintu sentiasa tertutup dan berkunci, simpan barang-barang berharga di tempat yang lebih selamat, elakkan orang yg tidak dikenali masuk kedalam kawasan kediaman.
Sumbangan kepada mangsa bolehlah disalurkan kepada Unit Kebajikan PCT. Diharap agar perkara sebegini tidak lagi berulang.
Laporan oleh : Ubaidillah Zulkefli

==============
Media powered by

===============
O f f i c i a l   l i n k s
===============

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *