PCT Harap Masalah Kemasukan Peperiksaan Mahasiswa Selesai

Tanta,16 Ogos – PERUBATAN Cawangan Tanta mengharapkan agar masalah kemasukan ke dalam peperiksaan bagi seorang pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi di Universiti Tanta, Muhammad Alif bin Sofian Gan pada kali ini selesai dan dapat memasuki peperiksaan Dur Thani yang sedang berlangsung.
Situasi semasa keadaan pelajar tersebut berada dalam keadaan yang merunsingkan memandangkan mempunyai kemungkinan mengulang tahun gara-gara masalah fail pelajar yang tidak selesai sejak sekian lama.
PERUBATAN Cawangan Tanta melalui wakilnya, saudari Zaharatul Amani binti Naser telah berulangkali berurusan dengan Encik Khairy bin Jalalluddin, pegawai Atase Pendidikan (Akademik) Education Malaysia Egypt (EME) untuk menyelesaikan perkara ini sejak bulan Mei yang lalu dan berulangkali meminta untuk pegawai tersbut berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan Universiti Tanta untuk menyelesaikan perkara ini namun kunjungan ke universiti hanya dilakukan pada Sabtu 13 Ogos 2011.
Kunjungan tersebut berjaya menyelesaikan masalah yang sama menimpa seorang mahasiswi yang bernama Iramaya binti Ab Hamid tetapi tidak kepada saudara Alif.
Saudari Zaharatul Amani yang juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi  II PERUBATAN Cawangan Tanta menyatakan bahawa Encik Khairy berjanji untuk membuat kunjungan seterusnya yang akan dilakukan pada Khamis 18 hb Ogos ini untuk menyelesaikan situasi semasa Alif.
“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh sebelum kertas peperiksaan seterusnya pada Ahad ini dan saya berharap Encik Khairy serius untuk menyelesaikan masalah pelajar ini”, ujar Zahratul Amani. Akhir sekali, semoga seluruh ahli PERUBATAN mendoakan supaya masalah kemasukan Alif  ke dalam peperiksaan ini dapat diselesaikan sebaiknya.

Disediakan Oleh: Azizan Bin Asmuni

==============
Media powered by

===============
O f f i c i a l   l i n k s
===============

0 thoughts on “PCT Harap Masalah Kemasukan Peperiksaan Mahasiswa Selesai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *