PELAN TINDAKAN EVAKUASI-TANTA

Insyallah mahasiswa/wi dan rakyat Malaysia di Tanta akan dipindahkan ke Jeddah, sekiranya keadaan ini(rusuhan) berterusan. Sekiranya keadaan kembali aman Proses Evakuasi akan dibatalkan dan insyallah kuliah akan berjalan seperti biasa.
Proses Evakuasi ini telah bermula pada 2hb Febuari 2011


Modus Operandi
  1. Para mahasiswa/wi akan di pindahkan dengan melalui penerbangan atau pelayaran.
  2. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.  

 Keselamatan

  • Untuk memastikan kelancaran proses evakuasi, ahli diminta supaya patuh dan taat kepada arahan Pengerusi PCT atau Pengerusi DPMT.
  • Arahan yang patut dipatuhi ialah arahan Pengerusi PCT dan Pengerusi DPMT
  • Sebarang khabar angin hendaklah dipastikan kesahihan sumber berita itu.

Persediaan

  • Mahasiswa/wi hanya dibenarkan membawa hand lugage kecil tidak melebihi 7 kg.
  • Diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
  • Kepada yang mempunyai masalah kesihatan sila bawa bekalan ubat-ubatan anda. 
  • Diingatkan untuk menyiapkan bekalan makanan sementara proses evakuasi untuk Tanta dimulakan, dikuhuatiri bekalan makanan di pasaran habis.

Kuliah

  • Pihak Universiti Tanta memutuskan bahawa kuliah akan berjalan seperti biasa selepas tamatnya cuti dan begitu juga kepada yang mempunyai peperiksaan selepas cuti, juga berjalan seperti biasa, dan pihak Universiti meletakkan minggu hadapan sebagai waktu penukaran tarikh peperiksaan/ kuliah jika ada apa-apa perubahan.

 N.B.

  • Perubahan dari masa kemasa akan dimaklumkan.
  • Diharap semua dapat bersabar dalam menjalani Proses Evakuasi ini.
  • Sesiapa yag ingin pulang ke Malaysia sendiri sila maklumkan kepada Pengerusi/ Timbalan Pengerusi PCT.
  • Sesiapa yang ingin mengikuti Proses Evakuasi ini melalui Rumah Negeri masing-masing juga diminta untuk memaklumkan kepada Pengerusi/ Timbalan Pengerusi PCT
  • Sebarang maklumat lanjut dan kekeliruan boleh menghubungi terus:

 

 
Pengerusi
Zulkifli Mohamad
011-7403433
zulkiflimohamad83@yahoo.com

..atau..

Timbalan Pengerusi 1
Mohamad Naufal Mohamad Nasir
014-3147475
naufal_22@yahoo.com
 

0 thoughts on “PELAN TINDAKAN EVAKUASI-TANTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *