TOGETHER WE ENLIGHT & ENJOY TAFAQUH
Program yang akan berlangsung sepanjang cuti musim panas ini di Bet Izzah. Semua pelajar dijemput....read more
Bachelor o Daei in Ramadhan
Sempena bulan ramadhan ini, Unit Pembangunan Insan (UPI) dengan kerjasama Unit Sukan.....read more
Medical Benefits of Salah
There are several medical benefits of Salat (Namaz):- of offering Salah and as....read more
HETT '10 on Gallery
Some picture of Health Exibhition Team Tanta '10....read more
-
A Trip To Malaysia (part2)
CUTI – CUTI MALAYSIA II
28 OGOS 2010 – SABTU
Kami membawa Dr merasai kemeriahan membeli belah di Sogo KL menaiki LRT Star di stesen Bandaraya. Kesesakan dirasai bukan sahaja di jalanraya malahan juga di LRT sendiri dan juga di Sogo. Tawaran diskaun besar-besaran melangkaui lebih 70 peratus semestinya mengundang semua orang membeli belah di sana.Seawal jam 10 pagi sehingga waktu berbukla puasa dr kelihatan sungguh bersemangat membeli barang dibawa pulang untuk isteri dan dua anak tercinta yang sangat dirinduinya. Selesai berbuka puasa dengan nasi lemak,kami bergerak ke Central Market(CM) atau juga dikenali sebagai Pasar Seni. Barangan kraftangan kayu buatan Kashmir,kain batik,songket pelekat dan labu sayong dijual di sini
29 OGOS 2010 – AHAD
Pada hari ini,kami membawa Dr berjalan ke bandaraya bersejarah di Tanah Melayu,Melaka. Bertolak keluar pada jam 8 pagi untuk mengelak segala kesesakan lalulintas untuk ke sana. Di Melaka, kami disambut oleh abang Farhan,senior Al – Azhar Perubatan di Kaherah tahun 4. Abang Farhan membawa kami ke A -famosa,Muzium Kemerdekaan, Muzium Kesenian,Muzium Maritim dan menaiki bot sekitar Bandar Hilir.Bersiap berangkat pulang jam 4 petang untuk ke menghadiri majlis berbuka puasa di rumah. Alhamdulillah dengan kurangnya kesesakan lalulintas,kami sampai ke rumah sebelum waktu berbuka puasa. Turut hadir pada majlis berbuka puasa ialah Setiausaha Agung PCT ’09/10,saudara Fawwaz Zamri serta beberapa orang pelajar PCT dan ibubapa. Dr mengadakan sesi pembentangan masalah dan pendapat tentang sistem pengajian di Tanta bersama para pelajar yang hadir.
30 OGOS 2010 – ISNIN
Hari terakhir Dr di Malaysia,beliau berhasrat untuk membeli belah sekali lagi di Sogo kerana banyak lagi barang yang ingin dibelinya di sini serta di Central Market. Selesai berbuka puasa di Nando’s,kami segera pulang bersiap untuk KLIA. Segak berpakaian baju batik pemberian tuan rumah, beliau masuk ke balai berlepas untuk menaiki pesawat Egypt Air pada jam 1.30 pagi.
FAKTA TENTANG DR UNTUK DIKONGSI BERSAMA
3 PERKATAAN MELAMBANGKAN MALAYSIA
1 – Hijau – setiap kali melalui jalan-jalan yang dipenuhi kehijauan tumbuhan semulajadi dr pasti akan berkata – kamu semua mesti merindukan kehijauan di sini ketika berada di Mesir
2 – Panas – tika berjalan di bawah sinaran matahari serta merasai iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia pasti kedengaran keluhan beliau
3 – Menarik – Sangat tertarik dengan kemajuan pembangunan di KL dan Putrajaya
AHLI KELUARGA
• Seorang isteri(33) dan dua orang anak – seorang lelaki yang bernama Ali(9) dan perempuan yang bernama farah(5) dan beliau sendiri berumur 37.
• Seorang adik lelaki(27) yang mengambil jurusan sains politik di Amerika Syarikat
• Semua saudara dan ibubapa tinggal di kaherah
MELANCONG
• Sudah biasa melancong ke banyak tempat serata duni termasuklah Jerman,Amerika dan negara-negara Eropah tetapi bukan atas urusan kerja sebagaimana urusannya ke Australia
MAKANAN
• Tidak berapa menggemari makanan tradisi masyarakat lain selain arab tetapi beliau agak seronok menikmati buah durian,nasi lemak dan kuih tepung pelita.
• Minuman Kegemaran ialah teh dan minuman baru kegemaran beliau di Malaysia ialah 100Plus
• Sangat menyukai McDonalds
BUDAYA
• Pelik melihat masyarakat Melayu yang tidak minum air paip secara terus tetapi beli air botol.
• Terkejut melihat penunggang motosikal di Malaysia yang memakai topi keledar di jalan raya
more
-
A Trip To Malaysia (part1)
CUTI – CUTI MALAYSIA I
25-30 OGOS 2010,KUALA LUMPUR – Malaysia telah menerima kunjungan istimewa daripada seorang pensyarah daripada Universiti Tanta,Dr Ahmad Othman. Beliau yang memberi kuliah parasitology untuk pelajar tahun 3,singgah ke Malaysia selama beberapa hari setelah selesai menghadiri konferens parasitology peringkat antarabangsa(ICOPA) di Melbourne,Australia. Berikut merupakan aktiviti harian beliau di Malaysia.
25 OGOS 2010 - RABU

Ketibaan doktor ke lapangan terbang KualaLumpur(KLIA) disambut mesra oleh salah seorang pelajar tahun 2 PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT),Aiman Dan Anuar pada jam 7.15 pagi. Selepas berehat selama beberapa ketika di rumah homestay beliau yang terletak di Pekan Batu 18,Hulu Langat,Dr dibawa berjalan ke KL Sentral bersama Shaifullah Abd Halim(pelajar PCT tahun 2),menaiki monorail ke Jalan Imbi(Berjaya Times Square),sekitar Pavilion, Metrojaya dan akhir sekali berbuka puasa di Bukit Bintang. Kelihatan seronok menikmati nasi lemak sebagai juadah berbuka puasa,beliau berpuas hati dengan rasa makanan melayu di sana.
26 OGOS 2010 - KHAMIS
Dari Pekan Batu 18,kami menaiki bas rapid kl untuk menuju ke Bandar Kuala Lumpur.Dr kelihatan seronok melihat persekitran hijau sepanjang perjalanan yuang mengambil masa lebih kurang 20 minit ini.Setibanya di stesen terakhir bas di Kuala Lumpur,kami menaiki teksi menuju ke Menara Berkembar Petronas(KLCC). Di sana,kami bertemu dengan beberapa bekas pelajar beliau Amin Supande,Nabilah Mumin dan Ain Nadhirah Tajul Azhar. Kami membawa Dr menyelami sejarah Tanah Melayu dan kemajuan Malaysia dari aspek sains dan teknologi di petrosains dan menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur daripada ketinggian tingkat 41 bangunan tersebut di skybridge KL. Kami berbuka puasa di Masjid Kampung Baru dan menunaikan ibadah solat tarawikh di sana.
27 OGOS 2010 – JUMAAT
Seawal jam 11 pagi kami bertolak dari stesen LRT Putra di Gombak menuju ke Masjid Putrajaya untuk melaksanakan kewajipan solat Jumaat di sana. Kami berjumpa Dato’ Muhammad Asri Abdullah ,Hakim Rayuan Mahkamah Syariah yang juga merupakan ayah kepada salah seorang pelajar tahun 4 PCT,Azzahra’ bt Muhammad Asri . Selepas berehat untuk beberapa ketika di rumah Dato’,kami dibawa jalan untuk melihat pembangunan maju dan keindahan taman serta tasik sekitar Putrajaya.Masjid Sultan Mizan,Taman Botani,Replika Istana Morocco dan sebagainya. Selesai berbuka puasa dengan masakan Mesir buatan isteri Dato’ di rumah Dato’,kami bertolak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang,kami membawa Dr ke Masjid Negara dan dataran merdeka.
Sambungan......
more
-
Khidmat Masyarakat 2010
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Bersempena pesta bulan ibadat, bulan Ramadhan al Mubarak, PERUBATAN dengan sukacitanya akan menganjurkan satu program Mesra Ramadhan PERUBATAN.
Berikut merupakan antara butiran program :
Program : Mesra Ramadhan PERUBATAN
Tempat : Pondok Haji Abdullah, Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Tarikh : 28 Ogos 2010 ( Sabtu )
Anjuran : Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN)
Tentatif program :
12.30 p.m- Berkumpul di lokasi dan solat zohor berjemaah
2.00 p.m- Medical checkup & aktiviti merewang untuk menyediakan menu berbuka puasa
6.30 p.m - Bacaan Ma'thurat dan zikir petang
7.25 p.m - Berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak, & sunat tarawikh& tazkirah ringkas dari wakil pelajar
9.50 p.m - Ramah Mesra dan penyerahan sumbangan dari PERUBATAN
** Qiamullail dan juadah bersahur disediakan bagi mereka yang ingin menginap di pondok berkenaan.
Objektif
Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk semangat dan membuka peluang kepada ahli PERUBATAN atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini di samping bermesra bersama mereka.
Program ini juga membuka peluang untuk kita berkumpul bersama-sama dan merasai suasana berbuka puasa bersama masyarakat tempatan, seterusnya merasai kehidupan mereka yang mendalami ilmu agama sepanjang masa melalui sistem pondok moden di bumi Kelantan.
Selain itu juga, bagi sesiapa yang berminat untuk menaja juadah berbuka puasa bagi penghuni Pondok Hj. Abdullah, Lubok Tapah, pada hari berkenaan untuk menghubungi ajk unit pendaftaran. Kami juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bermurah hati ingin menyediakan juadah tambahan pada hari tersebut seperti kuih muih, buah-buahan, dan lain-lain.
Pendaftaran
Bayaran RM 5 akan dikenakan untuk juadah berbuka untuk setiap seorang individu. Bagi sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa bersama mereka, ataupun ingin menaja juadah berbuka pada hari tersebut, sila hubungi dan daftarkan diri anda kepada ajk pendaftaran
Ajk Pendaftaran : Mohd Faris Mohd Husin 0136572527
: Nurul Izzah Mohd Nathir 0135273621
Pengangkutan
Bagi anda yang ingin menyertai program ini, berikut merupakan cara-cara untuk datang ke lokasi program :
1) Pengangkutan sendiri, samada terus ke lokasi @ menghubungi ajk Pengangkutan.
2) Pengangkutan awam (bas @ kereta sewa), turun di Stesen bas Bandar Pasir Mas dan hubungi ajk Pengangkutan
3) Pengangkutan awam turun di Stesen bas Kota Bharu dan hubungi ajk Pengangkutan
4) Pengangkutan udara dan perkhidmatan keretapi adalah tidak digalakkan
ajk Pengangkutan : Afiq Hazim Ab Rahim (0136860042)
A'tiif Asha'ari (017 9669337 )
Sumbangan
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, intipati utama dalam Program Mesra Ramadhan PERUBATAN bersama masyarakat tempatan ini adalah mengumpul sumbangan dari kalangan ahli PERUBATAN dan keluarga dari seluruh Malaysia untuk disampaikan kepada penghuni pondok agar mereka turut merasai kemeriahan pesta bulan ibadat ini dengan lebih selesa dan baik. Biar pun anda tidak dapat hadir berbuka bersama pada hari Sabtu, 28 Ogos, kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada anda.
Sumbangan anda berupa wang tunai dan barangan keperluan harian boleh dibawa terus dan diserahkan pada hari Sabtu, 28 Ogos pada pukul 4.00 ptg (bagi yang hadir berbuka puasa bersama) manakala kepada mereka yang tinggal jauh dari Kelantan dan ingin menyumbang,kalian bolehlah menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai yang boleh disalurkan melalui :
Bank : RHB Bank
Nama : Nasriah Binti Ramli
No akaun : 15302500041381
Bagi mereka yang ingin menyumbang secara 'bank in' ini, sila pastikan anda memasukkan wang ke dalam akaun yang betul dan jangan lupa 'sms' kan nama anda, kuliah, dan jumlah RM yang telah di'bank in' kepada ;
saudari Nasriah Binti Ramli ( 013 4491078)
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Kami menyediakan medium untuk anda dan keluarga anda menyumbang dan beramal di bulan Ramadhan al Kareem ini.
Kami amat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada anda semua bagi menjayakan khidmat masyarakat pada kali ini.
Sila hubungi ajk-ajk seperti tertera di bawah ini untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan.
Pengarah : Muhammad Nabil Al-Hanis Abd Kadir 0194713879
Timb Pengarah : Nasriah Ramli 0134491078
Ajk Pendaftaran : Mohd Faris Mohd Husin 0136572527
Nurul Izzah Mohd Nathir 0135273621
Sekian, kullu a'm wa antum bi khair..
more
-
PENGGUNAAN NAMA PERSATUAN
Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia MesirP E R U B A T A NTaqwa, Syifa', RahmahIlmuan Berbakti, Teguh Sehati
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
Merujuk kepada tajuk email di atas, saya mewakili PERUBATAN mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada para ahli sekalian berkenaan dengan penggunaan nama persatuan.
Untuk makluman, program JEMPUTAN ke IFTHAR JAMAEI & QIYAMULLAIL 1431 H (PPIM Student Chapter) sedikit sebanyak menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli. Ini kerana jemputan program ini tidak mendapat makluman dan persetujuan di kalangan pimpinan AJKT PERUBATAN.
Maka, dengan itu saya memohon kerjasama kepada seluruh ahli PERUBATAN memaklumkan terlebih dahulu setiap jemputan program daripada mana-mana pihak kepada pimpinan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ini kerana setiap program yang dianjurkan atau yang melibatkan PERUBATAN mesti mendapat keizinan menggunakan nama persatuan bagi mengelakkan kejadian tidak diigini terpalit dengan PERUBATAN. Saya juga ingin menasihati ahli sekalian agar mematuhi prosedur menggunaan YahooGroup PERUBATAN kerana penggunaan medium rasmi ini secara automatik adalah menggunakan nama PERUBATAN yang boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.
Untuk pengetahuan ahli sekalian, PERUBATAN adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan PERUBATAN bukanlah sebuah cawangan kepada Persatuan Perubatan Islam MalaysiA (PPIM) Student Chapter. Namun, PERUBATAN sentiasa bersedia menjalinkan hubungan kerjasama sekiranya ada hubungan yang jelas di antara kedua belah pimpinan.
Justeru, berkenaan dengan program ini, untuk setakat ini PERUBATAN masih belum menerima apa-apa maklumat rasmi jemputan dari pihak penganjur. Maka, kami tidak menghalang ahli untuk menyertainya dan kepada ahli yang berminat untuk menyertai program tersebut, maka PERUBATAN tidak bertanggungjawab dengan penyertaan kalian atas nama dan tiket PERUBATAN dan penyertaan itu adalah atas kapasiti peribadi ahli yang berminat dan ingin mengambil kesempatan meluaskan silatur rahim di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menyertai program ini.
Sekian, terima kasih.
SEMPURNAKAN RAMADHANMU

At-Taqwa, As-Syifa', Ar- Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
MUHAMMAD HUSAINI BIN SALEH
PRESIDEN
PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR
PERUBATAN 10/11
==============
Media powered by
===============
O f f i c i a l l i n k s
===============
InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO Zagaziq
Komuniti PERUBATAN|e-learning|Twitter|
more
-
KEMERIAHAN RAMADHAN di PERANTAUAN

Tanta,Ramadhan - Syaaban telah berlalu,maka bermulalah satu bulan baru yang penuh cahaya lagi rahmat,Ramadhan Karim. Pengalaman melaksanakan rukun Islam ketiga di perantauan yang beribu batu jauhnya dengan ahli keluarga di Malaysia sesungguhnya menyedihkan.Walaubagaimanapun suasana yang meriah di Mesir dapat mengurangkan kesayuan di hati. Jalan-jalan diterangi dengan tanglung arab dipanggil fanush yang berwarna warni. Setiap kali solat fardhu,masjid-masjid dipenuhi sebagaimana solat Jumaat.Wafidin(bukan orang tempatan) dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di masjid Abdul Rahman.Selalu juga jiran sebelah rumah memberi juadah berbuka puasa,kekacang,kurma dan sebagainya.Dalam perjalanan ke lapangan terbang,pemandu tremco terpaksa berhenti beberapa kali untuk mengambil juadah yang didermakan oleh warga tempatan. Fakta menarik lagi unik, beberapa orang arab sanggup berjogging di waktu pagi sebelum waktu sahur.
Di bulan yang dipenuhi dengan orang menderma dan melakukan kebaikan ini,Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT) telah melancarkan Ops kutipan barangan terpakai untuk dibuat derma dalam kalangan pelajar PCT .Antara barang-barang yang dikutip ialah kasut,baju,kipas angin dan sebagainya. Kesemua barang yang dikutip ini akan didermakan kepada saudara seislam kita yang memerlukan melalui Ust Mahmoud yang sudah tidak asing lagi dengan pelajar Malaysia di Tanta.
Tidak dilupakan dengan kelas pengajian agama di bulan madrasah ini,PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT) telah menganjurkan kelas TWEET(Together We Enlight and Enjoy Tafaqquh) berkaitan sirah,bahasa arab dan lain-lain.Tadarus Al-Quran berkumpulan, qiamulail dan juga tazkirah bakal dijalankan dalam jangka masa ramadhan ini.
Apabila ditanya tentang perasaan berpuasa di Mesir,kebanyakan pelajar memberikan respon yang positif. “Tiada bazaar macam di Malaysia tapi meriah,tengok arab baik,bagi juadah berbuka puasa,pengalaman yang hebat” – Fathullah Mazphar. “Makanan sini kurang ,Malaysia lebih sedap,tapi kalau kira beribadat,di mesir lebih elok”- Wan NurAqilah. ”Sedih sebab jauh daripada keluarga,gembira dapat meraikan ramadhan bersama kawan-kawan dan rasa bertuah sebab ramadhan di Mesir diraikan lebih meriah daripada Malaysia, sungguh, ramadhan terasa nikmat di Mesir” –Amani Naser. -mediaPERUBATAN
==============
Media powered by
===============
O f f i c i a l l i n k s
===============
InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO Zagaziq
Komuniti PERUBATAN|e-learning|Twitter|
more
-
Berat sama dipikul , Ringan sama dijinjing
20 Ogos 2010,Tanta - Musibah yang menimpa mantan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) 09/10,Ust Muhammad Faizol bin Endot(25) telah membuka mata banyak pihak untuk menghulurkan bantuan di bulan yang mulia ini. Anak sulung beliau bersama isteri tercinta, Siti Anisah bt Ahmad(26), bernama Sofiyyatul Ullya bt Mohd Faizol, yang lahir tidak cukup bulan mengalami komplikasi dalam kelahiran iaitu pencantuman saluran pernafasan dan makanan serta saluran najis yang masih belum terbentuk dengan sempurna. Kes yang sama belaku untuk seorang pelajar perubatan di Republik Czech yang memerlukan penggunaan incubator untuk satu tempoh masa yang agak lama.Anggaran kos penggunaan incubator dan pembedahan ialah dalam lingkungan LE250 sehari dan LE10,000 untuk keseluruhan rawatan.Sehubungan dengan itu,DPMT telah berusaha untuk melancarkan derma kilat untuk meringankan beban Ust Faizol sekeluarga.
Perubatan Cawangan Tanta(PCT) turut sama membuat satu kutipan derma untuk membantu meringankan beban yang menimpa Ust Faizol sekeluarga. Pengerusi PCT sendiri,saudara Azhan Hamdan turun padang dari rumah ke rumah untuk mengambil kutipan derma. Alhamdulillah,kini adik Sofiyyatul Ullya yang baru berusia 35 hari ini telah selamat menjalani pembedahan dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.Pada mulanya, berita sedih ini dirahsiakan daripada isteri beliau untuk isterinya mengaut kembali kekuatan diri .Mantan Timbalan Pengerusi HEWI(Hal Ehwal Wanita Islam) PMRAM 09/10 itu menerima berita ini kemudiannya dengan redha.Ust Faizol ketika ditemui berkata ”Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Ilahi dengan ujian Allah bagi ini bukan ustaz saja merasai,malah sahabat-sahabat turut sama merasai. Terima Kasih diucapkan pada PMRAM,DPMT dan PCT atas bantuan kewangan dan sokongan moral yang diberikan.Alhamdulillah ,sumbangan dapat menampung kos pembedahan dan ubat-ubatan.Ustaz ucapkan terima kasih sangat-sangat pada PCT,semoga PCT Allah pelihara,ALLAH PELIHARA”.-mediaPERUBATAN
==============
Media powered by
===============
O f f i c i a l l i n k s
===============
InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO Zagaziq
Komuniti PERUBATAN|e-learning|Twitter|
more
-
BADAR 2010

Sempena bulan ramadhan ini, Unit Pembangunan Insan (UPI) dengan kerjasama Unit Sukan dan Aktiviti Luar (USAL) akan mengadakan program Bachelor of Daie In Ramadhan (BADAR) yangg akan berlangsung sepanjang sebulan bulan ramadhan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan:-Tadarus
-Tazkirah
-Solat tarawih
-Tazkirah kubra (5, 15, 25 ramadhan)
-Diskusi kitab (16-30 ramadhan)
-I'tikaf n qiamullail (10 malam akhir ramadhan)
Berikut adalah Senarai Nama Kumpulan Tadarus klik sini
Akhawat SAHAJA!!
|Sebarang Perubahan akan Dimaklumkan dari Masa ke Semasa|
more
-
Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan Ya Ramadhan
Sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Dengan itu, marilah kita merebut tawaran yang lumayan ini, dimana tawaran ini begitu terhad. Moga-moga ia menjadi bekalan kepada kita di hari akhirat kelak
Selamat menyambut Bulan Ramadhan diucapkan kepada warga PCTdari kami seluruh AJKTPERUBATAN Cawangan Tanta (PCT)
more
-
HETT -Tibb Nabawi-
Hayyu Asyir,Kaherah ,3 – 5 Ogos 2010 – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) telah menganjurkan satu karnival yang dipanggil KEKAL ’10 bersempena dengan 80 tahun penubuhan PMRAM dan kemerdekaan Malaysia yang ke -53. Perubatan Cawangan Tanta(PCT) dengan segala hormatnya telah dijemput untuk membuat pameran ‘Tibb Nabawi’ yang berkaitan dengan perbuatan atau percakapan nabi dalam meyembuh penyakit dan merawat pesakit. Ia meliputi aspek kebersihan,makanan,seks,kehamilan, solat,tidur dan sukan.Pasukan PCT yang menghantar 20 orang pelajar terdiri daripada pelajar tahun satu,dua dan tiga ini telah diberikan nama Health Exhibition Team Tanta(HETT).
Antara booth lain yang terdapat di situ termasuklah booth HPA,Kemerdekaan,Kesenian,Kebudayaan sejarah pertubuhan BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) ,DPM(Dewan Perwakilan Mahasiswa),Mini Pavilion,Bait Muslim,Biah Solehah dan banyak lagi.Perubatan Pusat juga dijemput untuk membuat perkhidmatan medical check up dengan bayaran 3 genih. Turut hadir memeriahkan tapak pameran ialah Presiden PERUBATAN, Presiden PMRAM 06/07,Presiden PMRAM 2010,Pengerusi DPM Zaqazig,Pengerusi DPM Tanta ,wakil daripada PERMAYA(Persatuan Mahasiswa Yaman) dan Pengerusi PCT sendiri.

Pengarah HETT,saudari Munirah bt Johan berkata pameran kali ini sangat menyeronokkan kerana ia melibatkan semua pelajar PCT.Bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli, malahan juga dapat bertukar pendapat dengan pelajar Azhari. Beliau yang baru pulang menunaikan umrah turut berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. -mediaPERUBATAN
==============
Media powered by
===============
O f f i c i a l l i n k s
===============
InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO Zagaziq
Komuniti PERUBATAN|e-learning|Twitter|
more
-
Sedih atau Gembira?
Tanta-Kisah sedih Nawawi Saleh yang dihantar pulang ke Malaysia kerana masalah kewarganegaraannya telah menerima satu pengkhabaran baru daripada pihak Universiti. Timbalan Dekan fakulti perubatan di Universiti Tanta ,Prof Dr Abdelmonem Nooman telah menghantar mel pada saudara Nawawi berkaitan perkara ini.Berikut ialah petikan daripada mel ringkas yang dihantar kepada saudara Nawawi
Dear Mr Nawawy Bin Saleh, 30th July 2010
It s my pleasure to contact you after that long period of time since your last visit to Tanta. Regarding the situation of the student (Nawawy Saleh) I have the pleasure to inform you that the higher supervisory council of the Malaysian student program in Tanta decided to re-enroll the student again in the first year and cancelled the previous decision that was based on his Cambodian nationality and was proved to be Malaysian. Now, the student can come to Tanta again and can enter the second term exam that will start on 2nd August 2010 if he is ready for the exam but he must pay his educational fees first.
Prof Dr Abdelmonem NoomanVice dean for student and educational affairsFaculty of Medicine Tanta University, Egypt
Saudara Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta (PCT),Azhan Hamdan ketika ditemui melahirkan rasa risau beliau berkenaan mel yang dihantar. ‘Universiti sekarang anggap Nawawi ialah warga Malaysia padahal hakikatnya ialah Kemboja,takut nanti perkara yang sama berulang lagi.’ Nawawi yang kini berada di Malaysia cuba untuk menangguhkan tarikh beliau pulang ke Mesir pada 3 tahun kemudian. Hal ini demikian kerana beliau berhasrat untuk menghabiskan diploma agama yang diambilnya di Insaniah,Kedah sebelum menyambung semula jurusan perubatan di Tanta. -mediaPERUBATAN
==============
Media powered by
===============
O f f i c i a l l i n k s
===============
InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO Zagaziq
Komuniti PERUBATAN|e-learning|Twitter|
more
-
PMP '10
Kaherah-PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) telah menganjurkan satu program ‘outdoor’ yang dinamakan Perkhemahan Musim Panas (PMP). Program ini telah diadakan dia Mukhayyam Daim Kaherah, tempat yang sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti-aktiviti perkhemahan. Program ini juga di buka kepada semua pelajar dan dikhususkan kepada pelajar tahun satu. Program yang dijalankan selama 3hari 2malam ini, di isi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik, diantaranya ialah sukan padang, ‘survivor’, BBQ, ‘Explorace’,persembahan kebudayaan, malah program ini juga tidak terlepas untuk member pengisian rohani kepada peserta, seperti, malam munajat, pembetangan kertas dan lain-lain. Perkhemahan kali ini berkonsepkan tentera, dimana disiplin dititik beratkan, dan konsep hidup berdikari. Konsep ini diterjemahkan dimana para peserta di berikan beberapa bahan untuk dimasak. Disini, para peserta mestilah kreatif dan berdisiplin untuk menghasilkan masakan yang boleh dimakan.
Disini, para peserta dititipkan dengan nilai-nilai murni, seperti ukhuwah, sifat berkerjasama, saling membantu dan lain-lain. Rata-rata para peserta berpuas hati dan berharap program ini dapat diteruskan lagi pada sesi hadapan. -mediaPERUBATAN


==============
Media powered by
===============
O f f i c i a l l i n k s
===============
InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO Zagaziq
Komuniti PERUBATAN|e-learning|Twitter|
more
-
Perkemahan Musim Panas
Dibuka untuk Ikhwah sahaja~Pendaftaran masih dibuka.. cepat sertai!Satu pengalaman yang tak mungkin anda rasai sebelum ini:D
more
-
TweeT! by UPI

TOGETHER WE ENLIGHT & ENJOY TAFAQUH
Program yang akan berlangsung sepanjang cuti musim panas ini di Bet Izzah. Semua pelajar dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.
Berikut merupakan butiran bagi kelas yang akan diadakan
Ahad (18/7)- fiqh: Fiqh Manhaji- usul fiqh: Al-Waji'
Selasa (20/7)
- tasawuf: Penawar Bagi Hati
- bahasa arab: belum konfem
Tenaga pengajar:1) Fiqh dan usul fiqh: Ustaz Mohd. Nazirul bin Sobri
2) Tasawuf: Ustaz Mohd. Sulaiman bin Ismail
3) Bahasa arab: Ustaz Mohd. Ilias bin Yusop
Di sini, terdapat sedikit pembetulan tentang kelas yang akan diadakan pada minggu hadapan. Kelas akan diadakan pada hari Ahad (18/7), Isnin (19/7) dan Selasa (20/7). Tempat dan masa tidak berubah.
Kelas bagi Usul fiqh(kitab al-Waji') akan digantikan dengan pengajian kitab Taklimu Taklim oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Bin Harun.
Harga kitab boleh dirujuk pada iklan yang tertera. Tempahan bagi kitab pula boleh dilakukan sama ada melalui ym atau sms kepada yang berkenaan:
ikhwah- Abdul Hadi bin Othman: 011-7346179 (hypnosnight@yahoo.com)
akhawat- Rushaida binti Zabidi: 014-7823813 (shida_thibb@yahoo.com)
Ertinya : “niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Mujadilah : 11)
more
-
YAHOO at Pongsun

YAHOO! At Pangsun
Yielding Medical Heroes
Date :
6, 7, 8 August 2010
Venue :
Nur Lembah Pangsun Eco Park,
Hulu Langat, Selangor
Theme :
"Potentiate Your Wisdom, Elevate Your Competence"
This summer holiday, PERUBATAN will organizing a summer camp
to all the Malaysian Medical Students in Egypt.
YAHOO! at Pangsun will be a fantastic summer camp.
So, wait for our next post, we will inform you about:
1) When to register ?
2) How to register ?
3) What are the activities and many more.
So, Don't Miss It!
more information at http://perubatansummercamp.blogspot.com
more
Subscribe to:
Posts (Atom)








